Pages

Tuesday, 7 June 2016

Tumis kicap pedas kerang

Hari ke dua kita berpuasa , alhamdulillah. Tiada resepi special yg saya masak utk berbuka puasa . Saya masak lauk-pauk yang jadi favorite kami sekeluar dan kalau nak makan kuih atau lauk yang special saya akan ke bazar Ramadhan . Pagi ni saya share resepi kerang masak kicap pedas . Resepi ni hanya panduan jadi jika ada pembaca yg nak ikut resepi ni boleh diubah suai ikut selera sendiri


BAHAN-BAHAN:
2 cawan isi kerang
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
kicap manis secukupnya 
Garam dan air asam jawa secukup rasa
6 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN DI KISAR :

4 bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

CARA MEMASAK :

1) Rebus kerang sehingga masak dan ambil isi sahaja anggaran dalam 2 cawan .

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan cili kisar . Gaul semua bahan sampai cili kisar pecah minyak . Masukkan gula secukup rasa , asam jawa dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . Jika sambal kelihatan menjadi kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak .

3) Masukkan bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bawang menjadi layu kemudian masukkan isi kerang dan kicap secukup rasa . kacau semua bahan , jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam . Gaul semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . 

2 comments:

  1. yummy...rietta suka kerang...dan sekarang ni mmg teringin nk bli kerang...ptg krg nk g cr...

    ReplyDelete
  2. simple tapi menaikkan selera ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹☺️

    Ramadhan Kareem.. semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk menjalani ibadah puasa ☺️

    ReplyDelete