Alhamdulillah..
BAHAN-BAHAN :
1 batang sayur petola
4 biji ubi kentang
1 batang celery
1 peket fish ball
1 peket campuran suuhun/fucuk - boleh tambah
air secukupnya
Sedikit minyak utk menumis
BAHAN DITUMBUK LUMAT:
1 genggam ikan bilis
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1) Bersihkan sayur petola , di buang kulit dan dipotong kecil , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan direndam sekejap kemudian ditos dan ditumbuk semua bersama bawang putih serta bawang merah . Rendam suhun dan fucuk dlm bekas yg sesuai dan biarkan sampai suhun/fucuk kembang . kemudian tos dan ketepikan dulu . Kupas kulit ubi kentang dan dipotong kecil , potong celery dan ketepi kan dulu .
2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan air secukupnya . Biarkan kuah mendidih dan masukkan fish ball dan semua ubi kentang . Nila ubi kentang dah empuk boleh di masukkan celery dan sayur petola . Kacau dan boleh la dimasukkan garam secukup rasa . Akhir sekali bila sayur dah masak boleh dimasukkan suuhun/fucuk dan dikacau sekejap kemudian terus tutup api dapur . Tutup periuk nanti suuhun/fucuk akan masak dalam sup yang panas .
No comments:
Post a Comment