Pages

Friday, 10 October 2014

Masak lemak cili api telur itik

Masak lemak telur itik ni memang lauk kegemaran anak-anak saya . Saya beli telur itik ni masa pergi kenduri kahwin di Kuala Pilah , on the way balik singgah gerai tepi jalan yang ada jual buah-buahan , itik salai , daging salai , ikan keli salai , telur masin dan telur itik . Jarang dapat jumap telur itik dan harga pun lagi murah kat gerai tu .

Masak lemak cili api telur itik ni saya first time makan masa mula-mula bernikah dengan suami . Kalau di sebelah utara masak lemak macam ni guna telur ayam tapi di kampung suami di Jelebu masak lemak cili api guna telur itik .Saya tanya mak kenapa guna telur itik dan bukan telur ayam . Mak cakap telur itik tak sedap di goreng dan hanya sesuai dimasak cara ni selain tu telur itik yang besar memang sedap bila di masak lemak cili api , alhamdulillah .



BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kunyit hidup  , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .


2 . Pecahkan sebiji telur itik dalam cawan dan secara perlahan-lahan masukkan ke dalam periuk dan  kemudian masuk lagi telur itik sampai habis semua 5 biji . Perlahan kan api dapur guna api dapur sederhana atau kecil dan tutup periuk . Selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan perlahan-lahan cuba kacau kuah dan jika telur sudah menjadi keras boleh la dikacau kuah secara perlahan , cuba pastikan telur tidak melekat di dasar periuk . Rasa kuah masak lemak jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah , bila telur dah cukup masak boleh la ditutup api dapur.

7 comments:

  1. Salam Kak,

    Walupun saya dah makan tapi terasa nak makan lagi bila nampak telur masak lemak. Makan pulak dengan sambal belacan and ulam.. oh terliur

    ReplyDelete
  2. hai kak nanie suka la tengok masakan kak nanie semua sedap,good luck ya

    ReplyDelete
  3. Comelnya kucing2 kat atas tu. bak satu haha

    ReplyDelete
  4. Terbaik ni... Blk kang nk suh wife bt... Lamo x balun msk lomak cili api pure jolobu...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas resipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tadi dah try resepi telur itik masak lemak cili padi. tq atas perkongsian resepi

    ReplyDelete