Selamat cuti hujung minggu ^_^
Awal pagi bila pintu rumah di buka ni la rutin biasa anak-anak kucing saya , semuanya suka duduk depan pintu tengok luar . Semua kucing saya memang duduk dalam rumah saja , saya tak lepas bebas kucing-kucing saya keluar dari rumah . Tapi ikut la pada owner , ada yang memang biar kucing bebas tapi saya lebih suka bela kucing dalam rumah supaya keselamatan kucing terjamin selamat dan kebersihan/kesihatan kucing saya lebih baik , insyallah . Pada saya banyak sangat kesan/perkara negatif jika kucing di lepas hidup bebas .
Kucing saya ni jenis DLH atau domestic long hair , cross breed antara kucing Parsi dengan kucing DLH atau dengan flat face dan juga DMH atau domestic medium hair cat . Saya teringin juga nak beli kucing pure Persian tapi memang saya tak mampu la sebab harga kucing Parsi yang asli mula dari 2K ke atas dan kalau kucing yang ada surat beranak lagi la mahal tapi kalau kita bernasib baik boleh juga dapat yang pure Persian dengan harga bawah 2K . Saya beli kucing yang harga masih mampu milik , syukur alhamdulillah dengan kucing yang kami bela ni , semuanya comel dan sihat membesar , insyallah .
Makan time nomnomnom yummmy , syukur alhamdulillah .
Anak-anak saya memang nak sangat bela kucing sejak tahun lepas lagi so pada pertengahan tahun ni saya beli kan beberapa ekor anak kucing untuk anak-anak dan untuk saya sendiri ^_^
Saya beli anak kucing dari kawan yang memang berpengalaman membela kucing so anak-anak kucing yang saya bela ni memang sihat selain tu anak-anak kucing saya ini memang dah pandai guna litter box sejak baby serta hanya makan kibbles atau biskut utk kucing . Memang senang nak jaga kucing-kucing ni .
Masa nak beli atau nak adopt kucing mesti lah :
1) Perhati kan keadaan anak kucing atau kucing yang nak di beli atau yang nak di adopt tu dalam keadaan cergas happy bermain dan bukannya dalam keadaan lemah atau moyok serta diam sebab itu mungkin tanda kucing itu demam atau sakit . Perhati kan kebersihan kucing , kulit bebas dari kurap/ring worm , di celah bulu tiada serpihan putih macam kelemumur atau fungus , tiada biji-biji hitam iaitu telur kutu atau kutu yang merayap kt bulu kucing . Bulu kucing tak mudah tanggal atau gugur . Kalau gugur maknanya kulit kucing dah kena jangkitan fungus .
2) Tengok dan belek telinga kucing pasti kan tiada taik telinga atau kutu dan bahagian tepi telinga tiada kurap .
3) Tengok mata kucing sihat dan tidak merah atau banyak taik mata , berair . Itu tanda kucing sakit mata kena jangkitan . Hidung tak berair - kalau berair maknanya kucing tak sihat selsema .
4) Jika perut kucing buncit dan bahagian badan lain kurus kering tu tanda kucing ada cacing atau ada masalah kesihatan .
5) Tanya owner atau si penjual sama ada kucing yg nak dijual sudah di bawa untuk jumpa doktor haiwan untuk di beri cucuk vaksin , di bagi ubat cacing dan ubat kutu . Jika sudah minta kad bukti dah cucuk . Kalau belum cucuk , bila dah beli kucing atau bawa balik terus bawa ke klinik haiwan untuk check-up dan boleh di vaksin dgn dos pertama . Kucing seeloknya di cucuk pada usia 3 bulan , 4 bulan dan 5 bulan atau ikut pada berat kucing jika kucing dah sampai berat 1 kilogram dah boleh di cucuk dengan dos pertama . Ubat cacing akan di beri pada umur 3 bulan , 4 bulan , 5 bulan . Ubat kutu pun sama .
6) Kucing perlu di cucuk vaksin 1 kali setahun dan setiap 3 bulan perlu diberi makan ubat cacing . Kucing perlu di beri suntikan supaya badan kucing ada imuniti untuk melawan penyakit . Kalau kucing yang kita baru nak bela tu dah besar masih perlu di bawa berjumpa doktor haiwan untuk di beri suntikan vaksin .
Sweet kak Bubu , kucing pertama yang kami bela dan kucing paling tua dalam rumah saya ni . Kiranya Bubu ni kak long pada adik-adik yang lain . Bubu ni saya bela dari umur 2 bulan dan tahu nama dia , kalau saya panggil tu cepat je Bubu berlari datang dekat saya . Sekarang ni Bubu dan berumur 6 bulan dan sangat manja dengan saya serta anak-anak .
Ni pulak si comel Bebe..love..love..
Abang Nestum yang hencem....love...love..
Princess Oyen....love..love
Adlina dengan Bebe dan Bubu...love..
Aisyah dengan Nestum dan Oyen....love..
Saya bagi kucing-kucing saya ni makanan jenis kibble premium Royal Canin dan setiap pagi vitamin Vetri HBR for cat . Seminggu sekali saya bagi wet food Royal Feast . Sebulan sekali di bawa ke Klinik haiwan untuk sesi gromming iaitu mandi , potong kuku , cuci telinga dan check-up . Kucing yang sihat insyallah akan sentiasa happy . Bila kucing sihat dan happy baru la senang kita nak jaga .
Kucing di rumah kami ni bukan setakat haiwan peliharaan untuk anak-anak saya main tapi adalah sebahagian keluarga kami . Seronok tengok keletah dan perangai kucing-kucing saya ni , setiap kucing ada sikap tersendiri . So sekarang ni bila dah ada kucing sendiri baru la anak-anak puas hati , syukur alhamdulillah ^_^