Alhamdulillah , secukup rasa untuk santapan kami sekeluarga .
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 batang jagung - boleh tambah
4 sudu besar udang kering -boleh tambah
1 biji bawang besar
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Boleh ditambah 1 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas
CARA MEMASAK :
- Rendam udang kering sampai kembang dan tumbuk lumat . Potong jagung ketepikan dulu . Potong bawang besar dan campurkan bersama bahan tumbuk serta digaul rata kemudian masukkan air sedikit demi sedikit , digaul rata . Masukkan jagung , telur , udang kering dan digaul rata semua bahan-bahan ni , pasti adunan jangan terlalu cair . Rasa adunan ni kalau jika kurang masin boleh la di tambah garam lagi .
- Panaskan minyak secukupnya dan boleh la digoreng adunan cucur sampai masak kekuningan . Angkat cucur dan tos ketepikan dulu . Bila dah sejuk boleh la dihidang dengan sos cili atau kuah kacang .
No comments:
Post a Comment