Pages

Friday 12 October 2012

Cantiknya rose Magic Carousel

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang sejuk dan nyaman . Pagi ni tak ada n3 resepi la tapi saya sajikan gambar bunga ros MC yang cantik ni supaya mata kita semua yang melihat akan jadi segar bugar . Nama bunga ros ni Magic Carousel atau dipanggil juga ros apam sebab bentuk ros ni macam apam kembang . First time saya tengok bunga ros ni di rumah kawan dan saya terus suka dengan bentuk kelopak ros ni yang berlapis-lapis serta warna nya yang cukup unik . Pokok ros MC ni cepat membesar dan agak mudah nak di jaga serta selalu berbunga . Saya ubah 2 pasu bunga ni ke tempat yang lain supaya dapat lebih cahaya matahari dan alhamdulillah kali ni pokok ros ni berbunga dengan banyak sekali , senang hati bila tengok pokok ros yang dijaga hidup subur makin tinggi dan daun-daun semuanya hijau elok tanda cukup vitamin . Hati ni pun berbunga-bunga happy bila tengok kat laman rumah pokok ros banyak bunga berwarna-warni ^_^

SELAMAT PAGI JUMAAT..

Cantikkan  ros ni.....


Bentuk ros ni agak leper bila dah full bloom dan kelopaknya berlapis-lapis unikkan.. 


Alhamdulillah kali ni pokok ros banyak bunga selalunya pokok ros yang dijaga dengan elok akan senang berbunga dan hidup subur .

Cantik...

Bunga ros yang sudah full bloom dengan kudup yang baru nak kembang , unik dan cantik..


Kudup yang baru nak kembang..

Terapi mata dan jiwa bila tengok bunga yang kembang cantik macam ni...

SELAMAT CUTI HUJUNG MINGGU..

6 comments:

  1. Salam,selama ni silent reader jer,n3 pasal bunga ros dari nanie mmg sy tunggu2,nak tanya..nanie guna baja ape,pokok nampak segar dn berbunga lebat

    ReplyDelete
  2. wlksalm , tq ya jadi silent reader n tunggu n3 ros insyallah lepas ni saya akan bykkan n3 ros . saya guna baja taik kambing dan taik ayam yg sudah di proses dan ada di jual di nursery jual pokok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nanie,sy mula minat tanam ros,lps tgk blog nanie,selama ni sy fikir ros hanya hidup subur di tempat2 tinggi rupa2nya dgn penjagaan yg baik ros blh hidup subur gak ,selama ini sy berani tanam pokok bunga petunia dn kemunting cina jer,sy baru ada 3 pasu pokok ros,tp daunnya x lebat dn bunga x byk kuntum sbb ikut kate nuseri bunga guna baja udang,so lps ni sy nak guna baja yg nanie cadangkan..tq ye,jgn lupa n3 ros lagi serta petua2 lain

      Delete
  3. kak nani....saya pun ada bunga ros jenis ni...tapi kenapa daunnya tak berapa sihat...kekuningan..

    ReplyDelete
  4. Normaliza , ada banyak faktor kenapa daun blh jadi kuning ,mungkin kurang vitamin atau tak cukup baja , kurang air , pokok sudah besar dan perlu di tukar pasu saiz yg lebih besar , pokok di letak di tempat tak dpt cahaya matahari secukupnya dll sebab lagi

    ReplyDelete
  5. salam nannie, terujanya bila tengok entry pasal bunga ros ni....selama ni jd silent reader saja....memang entry ni yg paling ditunggu2....puas rasanya bila dpt melihat bunga ros yg kembang mekar ni..tambahan pula di halaman sendiri....nk tanya nannie...kalau bunga dah gugur, kita mesti potong rantingnya kan...seeloknya berapa inci nk kena potong...tq.

    ReplyDelete