Pages

Tuesday 30 October 2012

MARBLE CUP CAKE

Resepi kek ni saya dapat dari website My Resipi , alhamdulillah senang juga nak buat kek marble ni  . Kali ni saya buat marble cup cake sebab nak kek ni cepat masak , mudah dihidangkan dan lagi senang nak di makan , ambil je seketul  sekali dua makan dah habis hehe


BAHAN-BAHAN :

300 gm butter
300 gm gula castor
310 gm tepung gandum
5 biji telur grade B
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar serbuk koko*
3 sudu besar air* - secukupnya
1 sudu besar gula*

Cara Masak :

- Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati . 

- Bancuh serbuk kokok dengan air dan gula , gaul semua sehingga sebati .

- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian , 1 bahagian dicampur dgn bancuhan koko dan kacau bagi bancuhan sebati  . Susun paper cupcake dalam loyang pembakar dan sendukkan adunan masuk ke paper cup berselang seli antara 2 adunan coklat dan yg asli , masukkan 3/4 penuh papercup sahaja .

- Bakar selama 15-20 minit mengikut kepanasan oven masing-masing . Saya cucuk dulu bahagian tengah dgn lidi bila ditarik keluar lidi tu bersih saja maknanya dah masak la..

- Setelah kek masak , sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.

2 comments:

  1. huaaaaaa.. marble kek sedap.. lagi2 buat muffin marble.. lagi sedap.. saya mmg suka makan marble kek.. :)

    ReplyDelete
  2. salam Nanie
    nampak sedap je marble cupcake ni pasti lembut snagat kan,bahan nya pun tak susah boleh lah try nnt

    ReplyDelete