Pages

Friday, 12 October 2012

Cucur jagung jejari ketam

Selalunya kalau beli jagung segar saya suka rebus atau buat cucur jagung yang di campur udang kertas kecil . Kali ni udang tak ada jadi saya guna saja apa bahan lain yang ada so saya buat cucur jagung campur jejari ketam . Saya tambah  sedikit daun bawang sup dan daun bawang yang diracik halus serta segenggam udang kering yang ditumbuk lumat . Sedapnya sarapan pagi ni makan cucoq jagung sambil minum teh o panas , selamat cuti hujung minggu...


BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
2 batang jagung
1 peket jejari ketam
1 biji bawang besar
1 genggam udang kering
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit daun bawang/sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa

*Boleh ditambah 2 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas atau tambahkan soda bikarbonat supaya adunan lebih ranggup. Boleh juga ditambah daun sup/bawang dalam adunan cucur ni.

CARA MASAK :

Bersihkan jagung dan potong ambil biji jagung kemudian racik bawang besar . Rendam udang kering sehingga kembang dan tumbuk udang kering sehingga lumat . Potong jejari ketam dan di lerai-leraikan menjadi kepingan kecil .

Masukkan semua tepung , serbuk soda , serbuk kunyit , jagung , udang kering , jejari ketam , daun sup/bawang dan air dalam bekas yang sesuai dan dikacau rata . Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga adunan cukup rata dan pastikan adunan jangan terlalu cair . Masukkan telur , bawang , serbuk kunyit , garam secukupnya dan terus la kacau adunan sehingga sebati .

Panaskan minyak yang secukupnya untuk deep frying dan goreng cucur sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan . 

8 comments: