Pages

Wednesday 7 March 2012

KUDAPAN KEKACANG dgn BUAH BERI KERING

Kudapan campuran kekacang dengan buah berri kering ni memang favorite saya . Bila tengok tv atau tengah kusyuk mengadap lappy saya memang suka makan kudapan macam ni . Saya campurkan kacang badam , gajus , biji kuaci , biji labu dengan buah berri kering . Snek macam ni kaya dengan nutrien/vitamin dan lebih baik dari kerepek goreng atau junk food . Semua kacang ni hanya perlu digaul dan jangan dipanggang sebab boleh menyebabkan sebahagian khasiat asli kacang-kacang ni hilang masa proses panggang tu . Jom la cuba memang sedap dan yang penting kudapan macam ni lebih baik untuk kesihatan kita .

Campuran kekacang dan buah berri kering , semuanya favorite saya..

Saya beli semua ni di Bake with yen..

Biji kuaci , kuaci labu , berri , gajus , badam dan cranberri kering . Kalau nak tau khasiat makan kacang macam ni sila la google ya....amalkan untuk awet muda...

4 comments:

  1. As salam nannie..berkhasiat sungguh kudapan ni..makna nyer kekacang ni mmg makan mentah2 la ye..x perlu dibakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , ya mmg berkhasiat , betul tu elok di makan mentah

      Delete
  2. makan kekacang ni tak boleh berhenti.. kalau dah sekali menghadap, terus je mengunyah sampai penat mulut haha..
    tapi bundo tak boleh makan banyak2. uric asid tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh betul tu ibundo kalau dah makan tak boleh berhenti . saya pun makan dalam segenggam saja dan dalam seminggu saya makan 2-3 kali saja , apa jenis makanan pun tak boleh makan berlebihan , bersederhana tu lebih baikkan :)

      Delete