Pages

Wednesday, 14 March 2012

KERABU TAUGEH

Satu hari 2 jenis masakan sayur taugeh , kerabu taugeh ni saya buat untuk makan tengahari dan taugeh tumis sos tiram pula saya goreng untuk dimakan waktu dinner nanti . Kerabu taugeh ni saya guna taugeh mentah so baru la sedap ranggup saja dan saya tambah kacang panjang , untuk sambal kelapanya saya letak udang kering dan bahan-bahan lain . Saya serta kan resepi ya so cuba la dan anda boleh ubah resepi kerabu ni ikut pada citarasa sendiri...

BAHAN-BAHAN :

2 cawan taugeh - dibersihkan dan ditos
8 batang kacang panjang
1 biji bawang besar-dimayang nipis-nipis
limau nipis secukupnya - ambil jus tanpa biji 
Garam dan gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan - yg dibakar
2 biji cili merah - boleh tambah lagi kalau suka pedas
Segenggam udang kering - rendam sekejap

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan taugeh dan ditos serta diketepikan dulu . Bersihkan kacang panjang dan dipotong kecil serta dketepikan dulu .Bawang besar dipotong nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . 

Masukkan kelapa parut putih ke dalam kuali bersama bahan yang ditumbuk lumat dan sangai atau goreng tanpa minyak kelapa ni bersama sambal sehingga cukup sebati dan kelapa menjadi sedikit kering anggaran dalam 10-15 minit .

Kacau kelapa dengan sambal sehingga cukup sebati dan boleh la ditutup api dapur serta dibiarkan sejuk .  Satu kan semua taugeh , kacang panjang serta bawang besar kemudian boleh la dimasukkan sambal kelapa ni sikit demi sedikit . Kacau semua bahan dan dimasukkan jus limau nipis secukupnya serta garam secukup rasa . Bila kerabu ni dah dicampur mengikut selera sendiri boleh la dihidangkan .

14 comments:

  1. Hmmmm....besss...saya suka!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat gebu , alhamdulillah mmg sedap kerabu ni

      Delete
  2. Sedapnya kerabu makan bersama nasi panas kan...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. mmg sedap kerabu , fav saya juga

      Delete
  4. emm sedapnya nannie... makan dgn nasi panas berselera nih ...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul tu roses , kerabu ni sedap dimakan dgn nasi panas berselera saja

      Delete
  5. salam singgah.
    kak saya mohon shared resepi pizza akk dalam entry saya ya
    http://www.cikjannah.com/2012/03/resepi-pizza.html

    thanks kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , ambil la Jannah . akak pun dpt resepi tud ari internet juga :)

      Delete
  6. Semalam sy Cuba buat resrpi kerabu perut semua orang kata sedap..suami sy kata boleh buat Niaga.....
    T kasih

    ReplyDelete