Dah 3 minggu kami berpindah duduk di rumah baru dan saya pun dah mula balik hobi tanam pokok hiasan . Dulu masa duduk di apartment ada juga saya tanam banyak pokok hiasan tapi bila dah pindah duduk landed house lagi best nak tanam pokok hihi . So untuk permulaan ni saya pilih nak bela pokok-pokok bunga ros sebab impian saya nak buat English Garden laaa... So baru-baru ni saya ajak hubby ke Sg.Buloh sebab di sana memang banyak pilihan pokok dengan harga yang lebih murah dan pokok-pokok yang dijual pun memang segar bugar .
Kami baru sampai , anak-anak saya pun seronok masuk nursery pokok macam pegi taman bunga la pula . Rambang mata la kalau ikutkan keinginan saya nak beli macam-macam jenis pokok berbunga sebab saya memang suka pokok berbunga . Tapi saya tak mau terburu-buru saya nak plan elok-elok dan pilih pokok berbunga yang sesuai saja untuk menetapi tema English garden . Nanti saya boleh pergi lagi ke nursery pokok ni beli pokok lain pula..
Jom balik , dah penuh kereta dengan pokok-pokok bunga ros dan macam-macam barang lain...
Ni la pokok pilihan saya yang saya beli ada pokok ros Cameron dan yang biasa pokok ros kampung yang lebih tahan lasak boleh direct matahari bunga pun kecil-kecil tapi cantik sangat dan nak bela pun senang saja . Rumah saya duduk ni memang tak ada tanah so saya tanam dalam pasu saja la pokok ros ni .
Slowly saya alihkan pokok ros ni dalam pasu yang lebih besar dan saya dah mula susun bagi kemas . Ada lagi pokok berbunga yang saya nak beli tapi saya nak bela pokok bunga ros ni dulu tengok macam mana sesuai atau tidak pokok-pokok ros ni dengan persekitaran rumah saya ni . Kalau ok boleh la saya tambah pokok hiasan berbunga yang lain pula hehehe . Happy gardening , terapi minda dan mata memang seronok belek pokok bunga ni , damai je tengok bunga ros kembang setaman hehehe..
sy pun ada tanam bunga ros dari cameron..mula2 bunga dia besar..pastu jadi kecik je..sedih..tp bila sy surf pasal ros ni, banyak kaedah yg sy x buat..patut jugaklah bunga tu x menjadi..hehe..btw, sy suka tanam bunga ros pun sebab impikan english garden ^^
ReplyDeletegitu ke jadiya huhuh tak best la juga ros cameron ni ya , memang kita kena cari ilmu kan tentang cara nak bela pokok ros ni , thanks ya
Deletewahhhhhhh memborong sungguh ni.cantiknye ros2 tu sume.Saya pun minat english garden ni tp lum ada bajet coz tgh deko2 utk tema english dlm umah dulu.
ReplyDeletehihihi rambang mata la memang saya beli byk juga , sama la minat kita kan . haaa tak pa slow-slow nanti deco diluar pula kan
Deletebaca entry pasal bunga.Cantik color tuh..
ReplyDeletecantikkan :)
DeleteMama suka juga tanam bunga..terutama ros..Ros Cameron ni leceh sikit..di senang mati..Lagi pun dia tak ada bau..mama lebih suka ros kampung sbb dia tahan lasak dan bau dia pun wangi sangat..
ReplyDeleteya betul tu mama , ros kampung senang jaga kan letak di tengah panas pun elok je :)
DeleteAs salam Kak Nannie,
ReplyDeleteWow, minat kite sama lah... Jeles saya tgk akak tanam pokok ros tu... Bestnye... Byk betul akak memborong! hehee ...Saya pun ada impian nak buat ala-ala English garden... tp xtaulah bile... maybe one day...mesti rumah baru akak cantikkan... Kak, tq for all the recipes, byk yg sy belajar :)
sama minat kita ya hihihi bila dah sampai kt nursery jadi rambang mata , tak pa nanti balik malaysia boleh start bela pokok ros , rumah akak biasa je , ok sama-sama dan thanks sebab marya selalu ke sini
DeleteAlaahai..lagi berseri-seri laman umah...cantik!;)
ReplyDeletebila ada pkok bunga mmg berseri rumah kita kan hihi
Deletesalam kak...nak tanya lah.saya ada tanam bunga ros ni.tp bila ada potong sikit dhn tuk pembiakan baru dia terus layu la...macamane erk??org kata kalo nk semai baru potong je dahan secara serong skit.saya dah buat cara tu tp still dia layu n kering.ke dia mmg gitu dulu atau mmg tu tandanya cara saya semai tu mmg salah??
ReplyDeletewah semangatnoy tengok ...
ReplyDelete