Pages

Tuesday 20 March 2012

AYAM KUNG PAO

Hari ni untuk makan tengahari saya masak ayam kung pao , masakan cara cina ni memang menetapi selera kami sekeluarga terutama anak-anak saya . Saya masak ayam kung pao berkuah dan ayam tak digoreng dulu   . Anak-anak saya makan nasi mesti ada kuah baru la berselera mereka makan...resepi yang simple macam ni memang jadi pilihan kami sekeluarga . Ada pelbagai versi ayam kung pao dan saya dah ubah suai sikit resepi ayam kung pao ni mengikut selera kami sekeluarga . Jika ada di antara pembaca blog saya ni nak try masak ayam kung pao ni anda boleh ubah suai resepi ikut selera sendiri ya ^_^

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
8 biji cendawan shitake yang kering
Garam secukup rasa - jika perlu
5 sudu besar sos tiram - boleh ditambah
4 sudu besar kicap manis - boleh ditambah
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan biji gajus
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia muda

CARA MEMASAK :

- Potong ayam menjadi ketulan kecil dan dibersihkan kemudian diketepikan dulu . Semua bawang , halia di kupas kulit dan ditumbuk lumat . Cendawan direbus sehingga kembang kemudian ditos dan dipotong kecil - simpan air rebusan cendawan tu . Buah gajus digoreng sehingga golden brown kemudian diangkat dan ditos . Bawang besar dan cili merah dipotong .

- Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga wangi . Kacau semua bahan ini dan dimasukkan sos tiram dengan cendawan shitake . Terus kacaus sekejap dan boleh la dimasukkan semua ayam dan dikacau lagi .


- Masukkan air rebusan cendawan anggaran dalam 1 cawan kemudian dimasukkan kicap dan minyak bijan . .Kacau semua bahan dan biarkan mendidih dan boleh la dimasuk semua buah gajus , bawang besar serta cili merah yang dipotong menyerong . Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air lagi rebusan cendawan atau air biasa . Kacau ayam kung pao ni dan rasa kuah jika ada rasa yang kurang boleh ditambah lagi bahan-bahan perasa . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Saya tidak masukkan garam dalam menu ayam ni sebab saya dah tambah bahan perisa kicap dan sos tiram . Syukur , alhamdulillah sedap ayam kung pao ni.

11 comments:

  1. hari ni kelas sampai kul 6,ptg ni balik bole le masak..bahan2 sume ada cuma cendawan je takde

    ReplyDelete
  2. anak-anak akak memang suka ni sedapppp esuk lusa boleh torai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kak , sedap ni anak-anak saya mmg suka ayam masak mcm ni

      Delete
  3. assalam Nannie
    pernah makan sekali ayam masak ni , memang sedap
    leh try nanti ikut resepi disini ye he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , ok cuba ya mmg sedap nak masak pun senang saja

      Delete
  4. oo..sy ingt masak kicap ..boleh try ni..mudah je

    ReplyDelete
  5. assalam..lama x singgah cni..
    menu tu nmpak senang dan sedap..nak cuba jgk lah since sy mmg x msk utk lunch lg..thanx ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , tq singgah sini ya , haa cuba ya

      Delete
  6. terima kasih puan sudi share resepi ni.. :)

    ReplyDelete