Pages

Tuesday, 21 January 2014

Pokok buah avocado di laman Nannie

Saya cukup suka rasa buah avocado yg lemak . Buah avacado ni boleh di guna dalam macam-macam jenis menu tapi saya selalu guna untuk di campur dalam salad atau sebagai filling sandwich . Harga buah avocado ni pun boleh tahan juga mahalnya ada yg nak mencecah harga RM5 sebiji huhuh tapi kadang-kadang saya dapat juga beli buah avacado yg murah bila hypermarket giant ada buat promosi . Saya suka makan buah ni tapi bila tengok harganya yang mahal buat kan saya selalu fikir 2-3 kali kalau nak beli hehe....

Tahun lepas masa baru pindah rumah kami ni saya beli 2 pokok avacado . Masa tanam pokok avocado ni saya rasa macam 50-50 je peluang utk pokok ni hidup sebab anak pokok avocado tu tinggi 1 kaki dan kecil saja batang pokok sebesar pencil dan daun ada la dalam 5-6 helai . Pokok avocado ni asal dari indonesia dan memang boleh hidup dalam cuaca panas lembab di negara kita ni . Masa tanam pokok avacado ni saya memang berharap dan doa harap pokok avocado ni dapat hidup subur . Saya jaga pokok avocado ni sama macam pokok buah lain sebulan sekali diberi baja , tiap-tiap hari disiram air secukupnya dan alhamdulillah lepas 8 bulan satu pokok avocado ni dah 4 kaki tinggi , happy laaa dan satu lagi pokok masih subur juga tapi tak la tinggi sangat dalam 3 kaki je . Pokok buah avocado saya ni disemai dari biji benih so kena tunggu dalam 4-5 tahun untuk pokok ni berbuah . Insyallah kami akan sabar tunggu untuk tengok sendiri buah avacado ni berjambak-jambak di dahan pokok ^_^

Masa musim hujan hujung tahun lepas pokok avacado ni cepat membesar dan skrg ni dah 4 kaki tinggi , semoga pokok avacado saya ni akan terus hidup subur dan akan berbuah bila sampai masanya , amin .

4 comments:

  1. Pokok ni nanti jadi besor kan.. ada dulu kat kampung pokok avocado ni.. buahnya banyak sampai tak tau nak makan camne dah.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah... seronoknye tengok.. segar mata.. hijau je pemandangan

    ReplyDelete
  3. Bestnya..pokok mangga sy ni dh 4 tahun tp xberbuah lg..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Boleh tahu letak baja apa ye utk pokok avocado ni, terima kasih.

    ReplyDelete