Pages

Monday, 20 January 2014

Kek cawan coklat

Kesukaan anak-anak saya..


BAHAN-BAHAN A - diayak:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 cawan serbuk koko - saya guna van houten
1/2 sudu kecil garam halus

BAHAN-BAHAN B :

1 cawan gula kastor
1 sudu kecil vanilla esen
1 cawan minyak sayur
1 cawan susu segar - kotak
3 biji telur
1 cawan air panas

CARA MEMASAK :
- Campur dan ayak semua bahan kering macam tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, gula dan serbuk koko.
- Pukul gula bersama telur dan gula sampai kembang . Masukkan susu dan minyak sayur . Kacau lagi guna whisk sampai cukup sebati .
- Masukkan campuran bahan-bahan yg diayak tadi ke dalam adunan telur (bahan B - basah) gaul rata dengan cara kaup balik sahaja . Akhir sekali masukkan air panas dan kacau semua bahan sehingga cukup sebati .
-Masukkan adunan dalam paper cup dan bakar pada suhu 180'C selama 20-30 minit atau sehingga kek masak .

RESEPI COKLAT GANACHE :

230 grm coklat masakan
180 ml cream - dlm kotak
1 sudu kecil butter

CARA MASAK :

- potong atau patah-patahkan coklat masakan menjadi ketulan kecil dan letak dlm bekas stainless steal . Panaskan cream bersama butter sampai mendidih dan tutup api dapur kemudian terus tuangkan cream ke dalam bekas yg berisi coklat masakan . Kacau bahan-bahan sampai sebati dan boleh la disapu ke atas cup cake coklat .

4 comments:

  1. menggugat betul tgk kek sis niii. melimpah2 coklat!

    ReplyDelete
  2. Salam, sedapnya, topping tu mmmm :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya.bleh share x. tringin nk try buat

    ReplyDelete
  4. sedapnya.bleh share x

    ReplyDelete