Pages

Saturday 24 August 2013

Bendi goreng bersama ikan bilis

Resepi simple dari dapur Nannie..


BAHAN-BAHAN :

15 biji kacang bendi
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 biji cili api
2-3 genggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut
1-2 sudu besar sos tiram - boleh tambah

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat bawang merah + bawang putih dan cili api , ketepikan dulu . Bersihkan kacang bendi dan potong menyerong . Bersihkan semua ikan bilis dan digoreng garing , tos dan ketepikan . Bawang besar dikupas kulit dan dipotong nipis-nipis . 

-Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan  bawang besar dan kacau serta biarkan sampai bawang besar layu .  Masukkan semua kacang bendi dengan sos tiram dan kacau , jika bendi nampak sedikit kering boleh ditambah minyak masak lagi . Bila kacang bendi dah separuh masak boleh la dimasukkan semua ikan bilis yang sudah digoreng tadi . Kacau semua bahan dan rasa kacang bendi jika tak masin baru di tambah garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila sayur bendi dah masak baru la di tutup api dapur . 

Bahan utama kacang bendi dengan ikan bilis saiz kecil .


Kacang bendi yang saya tanam sendiri di taman . Saya saja biar kacang bendi lama dipokok sebab nak tengok kacang bendi ni boleh membesar sampai berapa inci dan tengok la ni punya la panjang sampai 12 inci . Memang terkejut la kami sekeluarga tengok sebab kacang bendi ni panjang sangat selalunya kacang bendi dalam 5 ke 7 inci saja . Selepas 4 bulan semua pokok bendi ditaman saya dah tak mengeluarkan buah so saya dah cabut pokok bendi dan bercadang nak tanam sayur kangkung pula lepas ni .

1 comment: