Pages

Tuesday, 20 August 2013

Pergedil ubi kentang


BAHAN UNTUK PERGEDIL :
20 biji ubi kentang 
7 keping daging burger - Ramly
1 biji telur - digaul dgn ubi kentang
2 biji telur - boleh ditambah , utk proses goreng pergedil 
Sedikit daun bawang dimayang halus-halus
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

CARA BUAT PERGEDIL :
-Kupas kulit semua ubi kentang dan dipotong kecil-kecil kemudian digoreng sampai kekuningan dan masak . Tumbuh semua ubi kentang ini sehingga lumat kemudian boleh di masukkan sebiji telur , daging burger , daun bawang yang diracik halus secukupnya dan garam secukup rasa . 

-Gaul semua bahan sehingga sebati kemudian adunan ini boleh la di bentuk seperti sebiji bola kecil serta ditekan leper buat lah sehingga habis semua adunan pergedil ini . Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng pergedil ni .


-Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk yang sesuai dan telur ini dipukul sedikit macam nak buat telur dadar , celupkan ketulan pergedil dalam telur ini dan terus di goreng sehingga masak kekuningan semua pergedil ini.

Ubi kentang yang sudah ditumbuk dicampur dengan daging burger , garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam .

Ubi kentang yang dah digaul rata kemudiannya diambil sedikit dan dibentuk menjadi bulat . Pukul 2 biji telur yang dicampur sedikit garam kemudian ambil ketulan pergedil dan masukkan dalam telur ni dan digaul rata . Goreng deep fry pergedil ni sampai masak , tos dan sejukkan dulu sebelum dihidangkan .

4 comments:

  1. bestnya..nak try...tapi daging burger yg bape gram ni? terjun dari blog kkida ni.. hehe.. salam kenal..

    ReplyDelete
  2. sila la try,burger daging tu saya tak sure berapa gram selalu saya beli burger daging Ramly yang 1 bungkus ada 5 keping untuk nak buat pergedil ni saya guna 7 keping . kalau nak lagi sodap tambah la lagi jumlah daging burger tu :)

    ReplyDelete