Pages

Saturday, 17 August 2013

1 Syawal 1434

Acara wajib pagi raya mestinya bergambar ^_^ memang wajib kita mesti la nak abadikan saat-saat happy dalam bentuk foto untuk disimpan buat kenangan , insyallah semoga tahun depan kita dapat lagi menempuhi bulan Ramadhan serta menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang , amin . 

Pagi 1 Syawal Adlina posing di rumah Wan , bestnya cuaca sejuk dan mandi air kolam pun sejukkk macam air ais sampai menggigil Adlina ^_^ 


Kami sekeluarga bergambar sebelum pergi masjid untuk solat Aidifitri , tahun ni kami pakai baju raya color pink ^_^

My bestfriend - my other half a.k.a my laling ^_^


Mama dengan anak-anak gadis Mama yang cute-miut  ^_^


Lights of my life ^_^


Jom pegi sembahyang raya Aidifitri..


Dulu masa zaman suami saya kecil sampai remaja kawasan ni sawah padi kemudian menjadi kawasan terbiar yang penuh dengan semak samun . Tapi sekarang ni alhamdulillah tanah sawah ni dah diguna semula dan ditanam dengan sayur-sayuran , cantik pemandangan di sini . Damai pemandangan di kawasan masjid ni ^_^


Masa kami sampai dah ramai orang di Masjid so kereta kena letak jauh di jalan besar dan kami jalan kaki ke masjid , best la dapat tengok pemandangan sekeliling yang damai . Cuaca pun damai dan nyaman saja pagi tu .

Selepas sembahyang raya dan bergambar di rumah mak & abah , kami sekeluarga jalan-jalan ke rumah Pak Andak a.k.a pakcik pada suami saya . Rumah ni adalah rumah arwah Wan & Atok suami saya dan rumah ni dah berusia lebih dari 70 tahun dah tapi masih kukuh . Alhamdulillah seronok beraya di kampung....

Hidangan di pagi Syawal , alhamdulillah . Mak Andak memang pandai masak semuanya sodapp...


lomang yang Pak Andak buat sendiri dengan Mak Andak dihidang pula dalam pinggan ayan lama , cukup-cukup klasik nostalgia..

Tapai yang Mak andak buat sendiri mem angsedappp...


Lemang yang dimakan dengan rondang ayam kampung dicampur pula dengan kulit rambai kering hmmm alhamdulillah sodapppp.....makanan pula dihidangkan dalam pinggan lama corak twin roses cukup klasik laaa..

Anak-anak saya yang teruja tengok kolam ikan ^_^


Apa la yang Abah cerita dengan Adam ? Suami ku teringat nostalgia lama . 30 tahun dulu kawasan kolam ikan dan tanah sekeliling ni adalah kawasan sawah padi . Suami saya bercerita kawasan sawah ni sangat luas sampai boleh nampak rumah mertua saya tapi sekarang tanah ni terbiar dan pokok-pokok makin besar menutupi jalan/denai yang suami saya guna bila nak ke rumah Atok dari rumah mertua saya . Kenangan lama mengusik jiwa...


Sampai pukul 2 petang kami jalan-jalan beraya ke rumah saudara-mara , balik rumah kejap untuk solat zohor dan istirehat . Lepas zohor kami sambung jalan-jalan beraya sampai la ke petang ^_^


Anak-anak den yang gumbira sambut rayo di Kampung Wan dan Atok ^_^

4 comments: