Pages

Wednesday, 28 August 2013

Kuah durian bersama pulut

Assalamualaikum , pagi Rabu yang cerah . Pagi ni buka folder album raya di FB dan jumpa gambar pulut dengan kuah durian ni hmmm sedapnyaa . Kuah durian ni saya masak masak gathering family yang lepas . Sekali sekala boleh lah makan menu yang cukup lemak manis macam pulut dengan kuah durian ni alhamdulillah sedapnya . Saya masak kuah durian ni guna cara 'agak-agak' ikut citarasa sendiri dan famili walaupun 'agak-agak' saya tahu berapa banyak bahan yang sesuai diguna sebab dah banyak kali masak kuah durian ni . jadi kalau ada pembaca yang nak cuba anda boleh ubah suai bahan ikut citarasa anda ya ^_^


BAHAN-BAHAN :

10-15 ulas buah durian - secukupnya
1 kilo pati santan
air secukupnya
2 helai daun pandan - disimpulkan
gula secukup rasa
garam secubit dua - secukup rasa

CARA MASAK :

Masukkan 1 kilo pati santan dalam periuk bersama semua buah durian . Jika buah durian saiz kecil boleh ditambah jumlahnya . Bersihkan daun pandan dan di simpul kemudian masukkan dalam santan tadi . Hidupkan api dapur guna kan api sederhana dan kacau semua bahan . Biarkan sampai mendidih jika kuah durian kelihatan terlalu pekat masukkan sedikit demi sedikit air masak dan kacau , berhati-hati masa masuk air supaya kuah durian tak jadi terlalu cair . 

Masukkan gula secukup rasa ikut citarasa sendiri dan kacau kemudian masukkan secubit dua garam atau secukup rasa . Tujuan dimasukkan sedikit garam adalah untuk menimbulkan rasa lemak kuah durian ni , jangan terlebih garam ya nanti tak sedap kuah durian ni . Terus kacau kuah durian dan biarkan sampai mendidih . Buah durian akan menjadi lembut dan isi nya akan terlerai dari biji serta menjadi sebati dengan kuah durian ni . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Kuah durian yang sedap di makan dengan pulut kukus , roti biasa dan roti jala .

1 comment:

  1. erm..sedapnya...ada lagi tak kuah durian tu? heheh..

    ReplyDelete