Pages

Friday 21 June 2013

Ikan talapia masak sambal

Alhamdulillah sedapnyaa.... 


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan talapia pink - saiz besar
1 biji bawang besar
8-10 sudu besar cili kisar
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa 
gula secukup rasa 
Minyak masak secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT/KISAR :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih - saiz besar
1 sudu besar belacan bakar

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing . Saya guna minyak yang agak banyak semasa menumis supaya sambal tidak jadi kering .

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan talapia kemudian lumur ikan dgn garam dan serbuk kunyit . Panaskan minyak untuk deep fry ikan , bila minyak dah panas boleh dimasukkan ikan dan goreng sehingga masak dan sedikit garing.

Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sehingga layu dan masukkan cili kisar . Kacau semua bahan dan biarkan sampai cili masak pecah minyak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bawang besar yang sudah di potong nipis , gula dan garam secukup rasa . Bila bawang besar dah layu boleh la di masukkan air asam jawa dan kacau semua bahan bagi cukup mesra dan sambal masak .  

6 comments:

  1. assalamualaikum..
    nannie.. sedapnya ikan talapia sambal camni... teringin pulak.. anak2 saya suka ikan ni buat sambal..

    ReplyDelete
  2. sedapnya!

    kalau ikan sungai, kite makan ikan talapia je

    kalau yg lain mmg tak leh telan hihi

    ReplyDelete
  3. Sy dah cuba...sedap...terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Huhhh . Bru blaja masak . Adek2 n mama ayah sukaa

    ReplyDelete
  5. Sy dah cube buat .. adek2 n mama ayah sukaa

    ReplyDelete