Pages

Thursday, 20 June 2013

Tumis air pucuk paku campur cendawan inoki

Sayur untuk hari ni , sedap juga pucuk paku yang dimasak dengan cendawan inoki ni ^_^

BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 peket cendawan inoki - buang bahagian bawah akar
1 genggam ikan bilis kecil
2 ulas putih
2 ulas bawang merah
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
1 sudu kecil nampla - sos ikan
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit air 

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan pucuk paku dan ambil daun yang muda saja , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu , tumbuk semua bawang putih dengan bawang merah . 

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua  ikan bilis kacau sekejap sampai bau wangi kemudian boleh dimasukkan sos tiram  . Masukkan sayur pucuk paku , minyak bijan dan sos nampla serta dikacau semua bahan . Bila sayur pucuk paku separuh masak boleh dimasuk cendawan inoki . Jika sayur nampak kering masukkan sedikit air kemudian kacau semua bahan . Tambah dan kurang bahan mengikut selera sendiri . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

4 comments:

  1. Ya allah terliurnya sy kak,hihi. tambah2 hari ni puasa.kalau mkn dgn ikan kembung goreng panas2,huuu mau tambah ns nih

    ReplyDelete
  2. wow!!kalau tak bubuh udang, boleh jugak ke?..

    ReplyDelete
  3. sedapnya. selalu jumpa cndwn ni kat supermrkt tp xpnh nak belinya..huhu

    ReplyDelete
  4. Salam....
    emmmm....suka sayor cam gini...:)

    ReplyDelete