Pages

Monday, 23 July 2012

SUP DAGING - Juadah berbuka 2 Ramadhan

Bila bulan puasa saja memang wajib saya masak sup daging yang dicampur dgn sedikit tulang , special request dari suami saya ni . Semalam kami sama-sama ke pasar cari bahan-bahan untuk dimasak dan lepas zohor baru saya masak sup daging ni . Kalau masak sup daging seeloknya pilih bahagian daging batang pinang sebab bila masak daging cepat lembut , baru sedap dimakan dengan nasi atau di makan macam tu saja . Best hirup kuah sup ni dan nak lagi sedap boleh ditambah sambal kicap masa makan , syukur alhamdulillah sedap...


BAHAN-BAHAN:

1 kilo daging lembu
4 biji kentang
4 biji tomato
1 pokok daun sup n daun bawang
3 batang celery
Garam secukup rasa
Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk

*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak daging .

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis - anggaran 3cm panjang
3 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 biji bawang merah - dikisar 
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
1 sudu besar lada hitam*

Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia dikupas kulit dan dikisar lumat . Biji Ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 , tomato juga dipotong 4 .

-Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bahan kisar dan kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan tulang tadi dan kacau  dan biarkan sampai kuah mendidih . 

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

8 comments:

  1. sedapnya sup tulang..selalu time nak raya jer baru buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap makan dgn nasi atau makan macam tu saja

      Delete
  2. ni pn masakan wajib saya klo bulan puasa... sedap kan !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau puasa mesti masak sup ni sbb suami akak suka sgt ni

      Delete
  3. sedapnya sup tulang kak. teringin lak ella nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah cuba la masak sedappp

      Delete
  4. salam ramadan nanie..

    sup memang buka selera betul waktu ramadan ni kan...
    terliur tgk sup ni waktu2 gini he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , ya betul tu bila puasa saya mmg masak sup , terliur ke hehehe kena cari tu

      Delete