Pages

Monday, 2 July 2012

SARAPAN PAGI AHAD

Sosej digoreng bersama cili capsicum dan telur..


BAHAN-BAHAN :

1 peket sosej keju
1/2 biji cili capsicum merah
1/2 biji cili capsicum hijau
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MASAK :

Potong keju menjadi kepingan kecil . Bersih dan kupas semua bawang kemudian dicincang kecil . Potong semua cili capsicum menjadi ketulan kecil .

Panaskan 1 sudu besar butter dgn 1 sudu besar minyak sayur . Tumiskan semua bawang dan masak sampai bawang menjadi layu dan wangi . Terus masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan
semua sosej dan kacau semua bahan . Bila sosej dan masak boleh la masukkan semua telur bersama garam dan serbuk lada hitam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur serta boleh la dihidang.

Cili capsicum yang sedang dimasak .


Proses masak sosej pula , bila dah masak baru la dimasukkan semua telur dan dikacau rata .

9 comments:

  1. Salam Kak Nannie,
    sedapnya kalau makan dengan roti kan..ratah pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , mmg pun sedap makan mcm tu je rata hehe

      Delete
  2. erm... menariknya.. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sedap cuba la senang nak masak

      Delete
  4. trliur n buat kputusan msk hari nie..hehe

    ReplyDelete