Pages

Tuesday, 14 July 2015

Goreng lada hitam spaghetti

Alhamdulillah , secukup rasa.


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti
1 peket daging kisar-boleh tambah ikut pada selera sendiri
mix veggies secukupnya
1 peket cendawan butang segar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3-4 sudu besar sos tiram
serbuk lada hitam - secukupnya ikut citarasa sendiri 
1-2 kiub perasa daging
Garam secukup rasa

* tambah lagi bahan ikut pada selera sendiri ya..

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus . Rebus speghetti sampai empuk dan ditos.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging . Kacau semua bahan dan biarkan sampai daging kisar masak . 

Masukkan sayur campuran/mix veggie dan dikacau semua bahan, kemudian masukkan cendawan butang segar yg sudah dipotong kecil . Kacau semua bahan sampai cendawan masak .

Masukkan semua spaghetti tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam  secukupnya . Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila spaghetti dah masak boleh la ditutup api.

4 comments:

  1. Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni! Btw, Selamat Hari Raya in advance buat tuan blog ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya pada En.Khalid . insyallah sedap , resepi ni boleh di ubah suai dan di tambah atau kurang bahannya ikut citarasa En.Khalid , slmt masak :)

      Delete
  2. Resepi baru ni..macam best je...bole try ni tuk berbuka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah sedap , Nur Fatihah boleh tambah atau kurang bahan ikut pada citarasa sendiri ya :)

      Delete