Pages

Wednesday 22 July 2015

Juadah raya Aidilfitri - soto

Soto ayam ni saya masak pada hari raya ke 2 . Tiap kali saya beraya di kampung suami , saya mesti masa soto ayam ni . Kalau dulu saya akan siat-siat isi ayam tapi sejak tahun sudah saya hanya potong ayam menjadi ketulan kecil , leceh juga nak carik isi ayam dan agak kurang hygienic bila kita sentuh isi ayam yang nak dihidang dan di makan orang lain . Alhamdulillah soto ni sedap secukup rasa .


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
1 peket suhun
1 peket bawang goreng segera- kalau boleh buat sendiri lagi sedap
1 peket nasi impit segera- direbus
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 peket sup bunjut
200 grm taugeh
3 liter air (boleh tambah)
Sedikit kacang goreng
Garam secukup rasa
BAHAN UNTUK PERGEDIL :
10 biji ubi kentang (saiz besar)
1 peket daging cincang
1 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR ( utk tumisan kuah ) :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
BAHAN REMPAH :
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
Ke semua bahan ini digoreng tanpa minyak selama 5 minit dengan api sederhana besar dan kemudian semuanya dikisar sampai halus.
BAHAN SAMBAL KICAP :
15 biji cli api
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
CARA MEMASAK :
Bersihkan ayam dan dipotong jadi ketulan-ketulan kecil , ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar , goreng sehingga wangi dan kemudian masukkan pula bahan-bahan rempah yang sudah dikisar dan kacau sekejap sampai wangi lebih kurang dalam 4-5 minit , api dapur mesti la sederhana besar saja.
Kemudian masukkan semua air dalam dan juga semua ayam yang sudah dibersihkan tadi . Masukkan sup bunjut dan kacau sekejap , biarkan sup mendidih dan ayam masak . Masukkan garam secukup rasa ke dalam sup dan juga daun sup/bawang yang sudah diracik halus-halus.
Untuk membuat pergedil pulak - Kupas semua ubi kentang dan dipotong kecil-kecil kemudian digoreng sampai kekuningan dan masak . Tumbuh semua ubi kentang ini sehingga lumat kemudian boleh di masukkan semua daging cincang/mince meat , sebiji telur , daun bawang yang diracik halus secukupnya dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga sebati kemudian adunan ini boleh lah di bentuk seperti sebiji bola kecil dan ditekan leper dan buat lah sehingga habis semua adunan pergedil ini . Panaskan minyak yang mencukupi untuk mengoreng pergedil ni , pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk yang sesuai dan telur ini dipukul sedikit macam nak buat telur dadar , celupkan ketulan pergedil dalam telur ini dan terus di goreng sehingga masak kekuningan semua pergedil ini.
Goreng suhun , celur bihun dan taugeh sehingga lembut dan boleh la di potong nasi impit.

Anak-anak saya sedang menguli pergedil .

9 comments:

  1. Bestnye soto...nk try resepi ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila la cuba , resepi boleh ditambah atau kurang bahannya ikut selera sendiri

      Delete
  2. Fav saya soto ni, btw Selamat Hari Raya buat sis sekeluarga ya :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya utk En.Khalid , sama la soto ni mmg fav saya

    ReplyDelete
  4. Salam Kak,
    saya cadang nak buat makan-makan sikit. nak panggil dalam 30 org camtu. cuma tak sure berapa banyak bahan yg perlu. macam ayam banyak mana. begedil plak banyak mana. any tips kak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam , ayam besar 2 ekor potong kecil kecil , ubi kentang dalam 5 kilo utk pergedil

      Delete
  5. Salam akak...sy biase guna perencah siap je..kalo buat perench sdr,kene taruk serai x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam , akak tak guna serai tapi kalau hartini nak guna serai pun boleh saja

      Delete