Dah lama saya teringin nak makan kacang phool ni dan masa Floria Putrajaya saya dapat makan kacang phool ni yang di jual kat gerai makanan . Ok la rasanya cuma rasa bake bean yang lebih kuat berbanding rasa rempah . Kalau nak puas makan memang kena masak sendiri la so macam biasa saya akan cari resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan dan alhamdulillah memang sedap kacang phool yang Mat Gebu share resepi kat blog ^_^ . Resepi saya copy dari blog Mat Gebu , TQ ya
BAHAN-BAHAN :
1 kacang foul/phool
1 tin kecil baked bean cap ayam
300 grm daging cincang
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(semua bahan bertanda * dikisar halus)
1 1/2 sudu besar rempah kari Baba`s
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub daging
2 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
300 grm daging cincang
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(semua bahan bertanda * dikisar halus)
1 1/2 sudu besar rempah kari Baba`s
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub daging
2 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
* Saya tambah kuantiti daging cincang .
* Saya tambah kuantiti daging cincang .
BAHAN_BAHAN SAMPINGAN :
Roti - lgi best roti paun - dibakar dan sapu butter
telur - digoreng mata kerbau
cili hijau - dipotong kecil
buah tomato - dipotong dadu
bawang besar - dipotong dadu
limau kasturi - belah dua
CARA PENYEDIAAN :
- Satu kan rempah kari dgn serbuk ketumbar dan sedikit air kemudian digaul rata jadi pes . Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua minyak sapi biar cair dan masukkan semua pes rempah dan kacau bahan-bahan ni sampai la pes rempah pecah minyak , jadi wangi dan masak .
-Masukkan semua daging cincang dan dikacau sampai daging masak . Kemudian masukkan air serta serbuk kiub daging secukupnya ke dalam kuah dan kacau . Bila mendidih masukkan kacang phool yang dah dilenyek dengan baked bean . Kacau semua bahan sampai cukup sebati , boleh di rasa jika kurang masin boleh ditambah garam dan boleh juga di masukkan sedikit gula utk rasa yang seimbang .
-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai kacang phool menjadi pekat . Bila kuah dah masak boleh la ditutup api dapur . Biar kan sebentar sampai kacang phool sedikit sejuk dan boleh la dimakan dgn roti .
Alhamdulillah memang sedap kacang phool ni ^_^
Saya beli kacang foul ni di Maidin Seremban .
Terima kasih akak sebab share resipi yang sedap ni, insyaAllah nak cuba juga nanti.
ReplyDelete