Pages

Tuesday 1 April 2014

Hijau laman ku , syukur alhamdulillah

Alhamdulillah pagi ni saya dapat masukkan post baru di blog saya ni . Kali ni saya nak share gambar pokok-pokok sayur yang saya tanam di laman rumah . Sejak Sabtu lepas kat area rumah saya ni hujan hampir tiap-tiap hari so pokok sayur yang saya tanam pun cepat besar dan subur . Dulu masa tinggal di apartment saya pendamkan saja hobi saya yg suka berkebun/bercucuk-tanam . Kalau ada pokok pun hanya pokok hiasan yang saya tanam dalam pasu . Syukur alhamdulillah ALLAH beri kan kami rezeki untuk memiliki rumah teres yang ada laman. Sebelum pindah ke rumah kami sekarang ni saya memang plan nak tanam macam-macam di laman kami ni . Syukur alhamdulillah selepas 1 tahun kami mendiami rumah ni impian saya terlaksana . Dengan bantuan suami serta anak-anak sedikit demi sedikit kami tanam macam-macam pokok , ada pokok buah , pokok herba , pokok-pokok bunga ros dan juga yang terbaru pokok sayur-sayuran . Bila berkebun minda saya jadi tenang selain tu dapat juga saya bersenam alhamdulillah . 

Pokok bayam kampung dan bayam biasa yang dah cukup besar , benih sayur bayam kampung ni saya dpt dari mak mertua dan benih bayam biasa tu mak saya yang bagi . saya ambil gambar dulu sebelum sayur ni dituai untuk di masak alhamdulillah . Gembira dan puas hati , saya sangat bersyukur kerana pokok sayur yang saya tanam mau hidup dengan elok alhamdulillah .

Dulu sebelum nak tanam sayur saya ada juga terfikir mau ke pokok sayur hidup sebab saya memang tak ada pengalaman tanam sayur . So saya google buat reseach sikit dan dengan doa serta bismillah saya mula kan projek tanam sayur saya ni . Benih bayam direndam semalaman dlm bekas yang sesuai . Kemudian biji bayam tu boleh ditabur di batas dan insyallah selepas 5-7 hari biji benih akan tumbuh jadi anak pokok bayam . Pokok bayam senang hidup dan cepat membesar .


Alhamdulillah saya berjaya juga tanam sayur di laman sendiri dan saya tanam secara organik . Niat saya memang nak tanam sayur sendiri yang bebas racun kimia . Terapi minda dan mata untuk kami sekeluarga .

 Pokok-pokok bendi pun dah besar dan mula tumbuh putik buah , alhamdulillah . Benih bendi ni dari buah bendi yang tua , mak saya bagi . Saya tanam sayur dan pokok ros di batas yang sama ^_^


Buah terung yang dah cukup besar dan dah boleh di ambil . Saya rasa puas hati sangat bila tengok pokok sayur yang saya tanam hidup subur , syukur alhamdulillah . Banyak sangat kebaikan bila kita tanam sendiri sayur untuk kita makan dan jika tak ada ruang laman pokok sayur boleh juga di tanam dalam pasu . 


 Secekak atau sejambak sayur bayam kampung ^_^ alhamdulillah segar dari lamanku 


Pokok-pokok ros di laman rumah saya . Alhamdulillah pokok-pokok ros ni suami saya yang tolong tanam ke tanah . Selepas 2 minggu pokok-pokok ros ni semakin subur dan banyak tunas baru tumbuh , me happy ^_^ .  Sejak awal bulan Januari pokok ros dalam pasu ni kurang sihat selain di sebab kan cuaca kemarau , akar pokok ros ni dah penuh pasu jadi suami saya telah pecah bawah pasu dan tanam ke dalam tanah . Cara ni lebih selamat kerana akar pokok tak terganggu selain baja yang ditabur juga terus dapat meresap ke dalam tanah/akar . Semoga pokok-pokok ros ni akan terus hidup subur , amin .

5 comments:

  1. Alhamdulillah, seronoknyaa tengok hasil tanaman yer kak. Kalau saya dah bersara, saya pun berangan nak tanam sayur2 sendiri di laman rumah.

    ReplyDelete
  2. buah terung nampak cantik, pasu bunga ditanam separuh ke tanah kreatif....

    ReplyDelete
  3. tak rugi kalau kita berbakti pada Tanah..boleh jimatkan kos jugak..

    ReplyDelete