Pages

Thursday, 24 April 2014

Pokok kobis di laman

Saya share gambar pokok sayur kobis dari awal saya tanam dalam pasu sehingga la yang terkini . Alhamdulillah so far so good bahagian tengah pokok kobis ni dah mual menjadi bulat . Insyallah dalam sebulan lagi saya boleh petik sayur kobis ni .


Masa ni pokok kobis baru berumur beberapa minggu , saya tanam dalam pasu .


Ni gambar pokok kobis saya pada hujung bulan 3. Akar pokok kobis ni dah penuh pasu jadi pokoknya dah tak mau besar . Saya alih tanam ke tanah supaya pokok kobis dapat hidup dengan lebih sihat .


Gambar pokok kobis yang baru saya ambil semalam , bahagian tengah dah mula membentuk menjadi ketulan sayur berlapis-lapis , insyallah dalam sebulan saya dapat petik sayur kobis ni .


Bahagian tengah yang dah jadi bulat ^_^


Cantik betul la bentuk dan rupa pokok kobis ni , tiap-tiap hari saya belek hihi

3 comments:

  1. tanam sendiri mmg puas hati. nak beli Tanah la mcm ni

    ReplyDelete
  2. Sukanya saya nengok pokok kobis tu, subur betul. Memang sejuk lah tangan Nanie, semua hasil tanaman menjadi.

    ReplyDelete
  3. Salam. Akak mcm mana nk semai benihnya. Saya semai x hidup2 gak. Huhuhu

    ReplyDelete