Cara masak sotong yang sangat ringkas , less is more . Saya dan famili cukup mengemari sup sotong ni terutama anak-anak ^_^
BAHAN-BAHAN:
800 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
cuka - secukup rasa
garam - secukup ras
air secukupnya
CARA MEMASAKNYA :
Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta merah sehingga layu . Kemudian masukkan air secukupnya . Bila kuah sup dah mendidih terus masukkan sotong dan garam . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan cuka secukup rasa . Kacau dan bila sotong dah masak boleh di tutup api dapur .
No comments:
Post a Comment