Pages

Friday, 6 December 2013

Masak lemak cili api talapia merah

Menu simple saja untuk hari ni , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan talapia merah
4-5 cawan santan 
1 batang serai saiz besar - dititk
1-2 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
3cm kunyit hidup
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
Satukan santan dengan semua bahan tumbuk , asam keping serta serai ke dalam periuk dan masak sampai kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak . Kalau tak cukup kuah boleh ditambah santan lagi.
Kemudian masukkan ikan talapia yang sudah dibersihkan dan dipotong 2 , masukkan garam secukup rasa dan biarkan kuah mendidih . Bila ikan sudah bertukar warna dan masak boleh la ditutup api dapur.

4 comments:

  1. Waaa..nmpk menyelerakan... tak pernah masak macam ni...biasanya goreng atau bakar jer... boleh try ni

    ReplyDelete
  2. nk sma plk resepi kita hari ni...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kongsi resepi nannie..tak pandai masak ikan ni , in sha ALlah boleh cuba lepas ni.... dah follow blog ni.. :)

    ReplyDelete
  4. wah mesti akak pebret ikan talapia ek.. banyak resepi akak ikan talapia... boleh norlin try ni.. hehehe resepinya pun simple.. Btw jalan2 blogwalking skali.. Salam perkenalan..

    ReplyDelete