Pages

Thursday, 20 September 2012

PUCUK PAKU TUMIS AIR

Sayur pucuk paku yang ditumis ringkas dan mudah nak dimasak serta sedap..
BAHAN-BAHAN :
2 ikat sayur pucuk paku
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji cili merah - boleh tambah
1 sudu kecil belacan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 atau 2 genggam udang kering

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur pucuk paku dan ambil daun muda serta pucuk sahaja . Rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut dan ditos ketepikan dulu . Jika tak berapa suka udang kering boleh dikurangkan jumlah atau tukar dengan ikan bilis / udang segar . Kalau tak suka belacan pun tak perlu dimasukkan dalam resepi ni .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air secukupnya untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur pucuk paku dan dikacau . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . Jangan masak sayur pucuk paku terlalu lama nanti jadi lembik dan tak sedap dimakan .

8 comments:

  1. Sedapnya. Kakak nampak je syur ini terus masuk nak tahu juga cara masaknya. Kakak suka pucuk paku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kak singgah sini , resepi simple je ni , saya mmg suka pucuk paku

      Delete
  2. Replies
    1. sama la saya pun suka masak simple mcm ni

      Delete
  3. saya pun hantu pucuk paku.....pucuk paku nie,masak apa pun sodap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke hehehe , betul tu masak la mcm mana pun sedap saja pucuk paku ni

      Delete
  4. sedapnye..makan pulak ngan nasik panas, ikan masin atau ikan goreng..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah sedap , ye la ada ikan masin lagi sodap

    ReplyDelete