Pages

Thursday, 13 September 2012

Hari bahagia Alia

Di pagi Khamis yang sejuk dan nyaman ini saya nak abadikan gambar semasa majlis pertunangan anak saudara saya Alia yang berlangsung pada 1 September yang lepas . Alhamdulillah majlis pertunangan anak saudara saya Alia berjalan dengan lancar sekali . Alia ni adalah anak kepada kakak kedua saya - kak Jun Cupcakekasih dan cucu perempuan ketiga mak saya , alhamdulillah Alia dah pun selamat bertunang dan insyallah sampai masanya Alia dan tunang akan selamat pula disatukan , amin .

Semua kek hantaran dibuat sendiri oleh kak saya dan dihias cantik oleh Alia . Semua kek cantik dan cute pastinya sedap sebab kak saya memang pakar buat kek serta menghias kek .

Kek yang dihias cantik dengan fondant....


Alia yang cantik berseri-seri bergambar dengan Opah dan Nenek . Masa ni kami semua masih menunggu pihak lelaki yang belum sampai . 

Selesai majlis bertunang Alia bergambar dengan Opah , Ibu pada tunang , Nenek dan Mama Alia .  Pada masa tu kami semua sangat gembira , syukur alhamdulillah dah pun selesai majlis bertunang . 

Bila dah berkumpul ramai-ramai mesti ada sesi fotografi dan ini pula gambar Alia bersama mak-mak saudara . Saya yang kiri sekali bertudung biru sementara yang tengah bertudung biru tu kakak kedua saya - kak Jun . Kakak sulung saya kak Ida yang pakai tudung putih dan yang duduk bertudung merah tu kak ketiga saya iaitu kak Nor .

Hidangan enak disajikan untuk para tetamu yang hadir yum yum semua makanan sedap dari nasi minyak dengan lauk-pauknya serta kuih-muih seperti talam keladi , kuih seri muka serta fruit cake....

Anak saya Adlina yang pakai baju kurung biru dengan sepupu sebaya Husnina . Semenjak jumpa masa balik kampung sambut Aidilfitiri mereka berdua ni cukup seronok main bersama ke sana-sini berdua maklum la sama umur so memang serasi la...tengok la tu rupa pun dah hampir sama dah macam kembar je sepupu 2 orang ni ^_^

Sempat juga saya sekeluarga bergambar dengan bonda tersayang , gembiranya kami pada hari itu dapat berkumpul bersama saudara-mara....


Dalam kemeriahan majlis sempat juga saya ambil gambar 2 sepupu ni iaitu anak saya Adam yang seronok sangat main dengan sepupunya Rohimi .

Majlis bertunang Alia dah berlalu pergi tapi memori tetap utuh dalam ingatan kami semua dan makcik Nannie doa semoga Alia sentiasa bahagia dan insyallah sampai masanya akan berlangsung pula majlis pernikahan , amin . 

8 comments:

  1. Ramai yg melangsungkan majlis bertunang dan nikah pada 1 Sept lepas kan Nanie. Moga pertunangan Alia kekal sehingga mereka disatukan dgn ikatan pernikahan kelak.

    Cantik dan meriah kelihatannya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kak mmg ramai kan bertunang atau bernikah 1 sep yg lepas , amin .

      Delete
  2. ...baru saya tau kak Jun tu saudara kandung kak nani...tahniah untuk mereka.

    ReplyDelete
  3. salam..
    semoga jodoh mereka berpanjangan ke akhir hayat hdknya

    ReplyDelete
  4. lah baru saya tau kkida tu akak kak nanie...seronokkan adik beradik pandai masak belaka..

    ReplyDelete