Pages

Thursday 8 January 2015

Tumis kicap masam manis sotong gurita kacang gajus

Dah lama saya teringin nak makan sotong octopus atau sotong gurita . Alhamdulillah baru-baru ni saya dapat beli sotong gurita di hyper market. Sotong gurita ni masih segar dan dijual dengan harga RM13.00 sekilo , ok la juga harganya . Masa tengah pilih sotong ni , saya dah tau resepi apa yang sesuai untuk saya masak . Balik rumah terus saya bersihkan sotong dan saya google internet untuk mencari resepi cara masakan cina yang mengabungkan sotong dengan kacang gajus . Saya pernah makan lauk sotong dengan gajus ni masa menghadiri majlis graduasi pelajar-pelajar di sekolah yang saya mengajar dulu . Alhamdulillah sedap sotong di masak kicap masam manis dengan buah gajus ni selain sotong boleh juga di guna ayam, udang atau daging untuk resepi ni ^_^


BAHAN-BAHAN:

800 gram sotong gurita kecil
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
3 biji cili kering - dipotong kecil
2 sudu besar sos cili Thai 
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
sedikit cuka - jika perlu
secekak daun bawang 

CARA MEMASAKNYA :

-Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut menjadi kecil kemudian sotong di gaul dgn sedikit garam. Panaskan 4-5 sudu minyak dan digoreng separuh masak , angkat semua sotong dan di tos dan ketepi kan dulu sotong ni . 

- Kupas semua kulit bawang merah . bawang putih dan halia kemudian dimayang nipis . Potong daun bawang , ketepi kan . Gajus dipanggang sekejap supaya menjadi ranggup .

-Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis semua bawang dan halia tadi sampai layu dan wangi . Masukkan semua sotong dan kacau semua bahan . Masukkan cili sos , sos tiram , kicap manis , sedikit cuka jika perlu sahaja dan kacau semua bahan . Masukkan semua daun bawang dan kacang gajus . Rasa sotong jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan lagi . Bila sotong dah mesra sebati dengan sos boleh la ditutup api dapur .


Baby Octopus yang saya beli segar dari pasar raya , comel sangat bentuk rupa octopus ni ^_^

3 comments:

  1. Sedapnya sotong ni.. terliur nampak, tapi malangnya saya allergic dengan makanan laut. Tq kak Nennie berkongsi resepi... saya akan masak untuk anak-anak :)

    Kak Nennie nak tips kesihatan dan kecantikan secara online, jemputlah singgah ke blog saya www.jomlawa.com

    ReplyDelete
  2. bole share x beli kt mna baby octopus nie??

    ReplyDelete