300 grm tepung gandum
60 grm ikan bilis
60 grm ikan bilis
100 grm bawang besar
1 biji telur
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Boleh ditambah 1 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas . boleh ditambah daun bawang dan taugeh/kucai , ikut pada citarasa sendiri .
CARA MEMASAK :
- Rendam ikan bilis dalam air panas , bila dah lembut di tos dan tumbuk lumat . Potong bawang besar kemudian dicampurkan bersama ikan bilis , tepung gandum , serbuk kunyit , soda bikarbonat serta digaul rata kemudian masukkan air sedikit demi sedikit , digaul rata . Masukkan telur dan garam secukup rasa dan terus gaul semua bahan sampai sebati .
- Panaskan minyak secukupnya dan boleh la digoreng adunan cucur sampai masak kekuningan . Angkat cucur dan tos ketepikan dulu . Bila dah sejuk boleh la dihidang dengan sos cili atau kuah kacang .
Adda suka ni..suka sgt2...
ReplyDeleteadda , kami sekeluarga mmg suka cucur :)
ReplyDeletefeberet sungguh laa cucur bilis... marvellousss
ReplyDelete