Alhamdulillah
BAHAN-BAHAN:
1 peket pasta
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 1/2 peket daging cincang
sayur brokoli secukupnya - dipotong kecil
100 grm tomato kering/ dry sun tomato
10 helai daun sweet basil
1 biji kiub stok daging
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Serbuk keju parmesan secukupnya
Butter untuk menumis
CARA MEMASAK:
1) Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap . Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta , supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain . Bersihkan sayur brokoli dan di potong kecil-kecil . Bersihkan semua bawang dan dipotong kecil-kecil serta racik tomato kering dan ketepikan dulu .
2) Panas kan 4 sudu besar butter dan tumiskan semua bawang sehingga wangi dan layu . Kemudian masukkan daging cincang dan digoreng sampai masak dan terus kacau . Seterusnya masukkan tomato kering dan dikacau semua bahan-bahan ni .
3) Masukkan sayur brokoli dan kacau sehingga sayur separuh masak . Masukkan semua pasta , herba daun sweet basil , kiub daging , serbuk lada hitam secukupnya dan terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan lain . Akhir sekali boleh ditambahkan garam secukup rasa . Terus kacau pasta ni dan bila dah masak boleh la ditutup api . Hidang pasta dengan serbuk keju parmesan .

sedapnyerrr...
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletesedap..terima kasih
ReplyDelete