Pages

Friday, 14 March 2014

Masak lemak putih sayur bayam


Gembira dan puas hati kerana saya tanam sendiri semua sayur bayam ni . Insyallah selagi dikurniakan kesihatan yang baik dari ALLAH SWT saya akan terus berkebun tanam sayur sendiri , banyak sangat faedahnya untuk kami sekeluarga alhamdulillah ^_^


BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
1 peket suhun/fucuk
santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur bayam dan ambil semua daun sayur bayam dan jika ada daun bayam yang saiz besar boleh dipotong 2 dan ambil juga batang sayur bayam yang muda , bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu . Rendam fucuk/suhun sampai kembang dan tos kan .
Bawang merah dan putih ditumbuk lumat atau boleh diracik nipis . Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur bayam dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan boleh la dimasukkan semua suhun/fucuk . bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur .

Happynya saya tengok gambar ni ^_^ . Saya tanam 3 jenis sayur di laman/taman kat rumah saya . Ada sayur bayam kampung , sayur bayam daun tirus dan juga sayur bayam campuran warna hijau/purple . Alhamdulillah ^_^ 

4 comments:

  1. syoknya bayam tanam sendiri, bila bila boleh makan

    ReplyDelete
  2. nie fav sayur mskan saya nie,nk2 ditambah dgn tauhu kering...

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Ya ampun!! Ingatkan beli bayam tu semua! rupanya tanam di rumah aje?? Subur sungguh ye? Tahniah!

    ReplyDelete
  4. best ye tanam sendiri,segar dan terjamin bebas toksik..

    jemput ke blog nana
    https://www.diyanarazim.blogspot.com

    ReplyDelete