Asalamualaikum....
Selamat pagi Sabtu , alhamdulillah pagi ni nampaknya cuaca baik saja . Saya nak share gambar kami sekeluarga balik kampung pada Rabu lepas masa cuti 1 Mei . Setiap kali balik kampung ada saja sayur-sayuran atau buah yg kami menunggu untuk kami tuai/petik . Mak dan abah mertua saya memang suka bercucuk-tanam dan alhamdullillah subur semua pokok buah-buahan atau sayur yang ditanam tu .
Balik kali ni kami kutip/tuai kacang panjang , pucuk ubi dan petik buah naga alhamdulillah semuanya segar dan sedap . Kacang panjang ni saya masak hari Khamis lepas , masak pun menu simple saja tapi yang penting sayur kacang tu fresh ditanam oleh mertua saya secara organik bebas dari racun kimia ^_^
BAHAN-BAHAN :
1 genggam kacang panjang
200gm udang
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping saiz kecil
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
5 biji cili - suka pedas tambah lagi ya
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - dititik
CARA MEMASAK
Bersihkan sayur kacang panjang dan dipotong . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan asam keping ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kacang panjang dan garam secukupnya . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan udang dan cendawan yg sudah dicarik-carik . Biarkan kuah mendidih serta udang menjadi bertukar warna . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak dan bila dan masak boleh la ditutup api dapur .
Jom tengok gambar kami anak beranak kutip kacang panjang , bestnyaa...
Pokok kacang bendi yang dan mula berbunga 2-3 minggu lagi boleh la kami petik/kutip kacang bendi pulak .
Banyaknya kacang panjang..
Anak saya tolong kutip kacang panjang , bestnyaa...
Haaa tu dia punya banyak kacang panjang yang Aisyah dapat petik , bestnyaa..
Saya pun sama-sama kutip/petik kacang panjang , geram betul tengok kacang panjang berjurai-jurai ni hehe , seronoknya....
Adam dan Adlina hanya tengok dan main dalam kebun Wan ni hehe..
Syukur alhamdulillah lagi 2-3 minggu kami balik kampung lagi sebab kacang bendi dah mula berbuah masa kami balik kali ni ^_^ berbudi pada tanah insyallah pasti dapat hasil yang lumayan...