Pages

Thursday 24 May 2012

CENDAWAN GORENG..

Dah lama saya tak masak cendawan goreng ni , selalu kalau pergi pasar malam mesti tergoda dengan bau cendawan goreng yang dijual jadi pagi tadi masa di Tesco saya beli cendawan fresh dengan tepung goreng serba guna . Balik rumah terus saya masak cendawan goreng ni mmmm harum dapur bau aroma cendawan goreng......sedapnyaaa...


BAHAN-BAHAN :

Cendawan tiram secukupnya
2-3 biji telur
Tepung goreng ADABI

CARA MASAK :

Bersihkan cendawan dan pukul 2-3 biji telur . Siat-siat semua cendawan dan boleh terus dimasukkan cendawan ke dalam telur tadi dan digaul rata .


Lepas dah dicelup dalam telur tadi terus masuk dalam tepung ni dan digaul rata selepas tu digoyang-goyang sikit buang lebihan tepung yang melekat pada cendawan ni . Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng cendawan ni guna teknik deep fry , goreng dengan cepat dan bila dah masak boleh diangkat serta ditoskan dulu . Kemudian boleh dihidangkan serta sedap dimakan dengan sos Thai...


Bestnya anak-anak Mama makan cendawan goreng , Adam dan Adlina memang suka sangat cendawan goreng ni actually kami anak beranak memang suka cendawan goreng...Jemput makan ya...

8 comments:

  1. kegemaran anak saya ni... kalau setiap hari goreng pun xpe.. dgn tempe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke , memang budak-budak suka makan cendawan goreng :)

      Delete
  2. Tgh2 puasa ni kan, tetiba tgk masakan-masakan nanie ni ... tergoda sungguh saya. nak pulak yang kat banner tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa kakchik dan tq singgah sini :)

      Delete
  3. salam akak :)
    sy suke sangat bace blog akak.
    semua yang akak tulis dan semua yang akak masak nampak ikhlas sangat2.
    tersentuh hati sy bile bace blog akak ni taw.
    sy harap akak akan terus berblogging :)
    hehe.


    oh lagi satu,
    masak, masak juge,
    tapi pasti kan berkhasiat selalu supaya anak2 akak yang tersayang tu sentiasa sihat dan ceria :)
    hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm FADH - ada kah ni nama sebenar ^_^

      yeeeee keee tersentuh bagussss laaaa , terima kasih ya atas ingatan tu . awak pun jaga la diri baik-baik ya jaga pemakanan pasti kan makan makanan yang berkhasiat saja yaaaaaaaaaa...

      oooo lagi satu ,
      tinggal la link blog awak ya wahai adik FADH senang akak nak balas lawatan.....

      Delete
    2. oppppssss lupa la pulak nak gelak macam adik FADH - hehehehehehehehehehe....

      Delete
  4. baekk kak saye ingat tu :)
    hehe... blog saye dah xde dah. dulu ade la skang da delete :D

    ReplyDelete