Pages

Thursday 31 May 2012

AYAM GORENG LEMON

Selamat pagi Khamis...

BAHAN-BAHAN:

250 grm isi peha ayam 
1 sudu besar parutan kulit lemon
3 ulas bawang putih 
5 tangkai cili kering - dipotong
1/2 inci halia
2 sudu besar sos tiram
sedikit kulit lemon dipotong memanjang
sedikit daun sup atau daun ketumbar
1 biji telur ayam
minyak masak secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS:


sedikit air - secukupnya
serbuk perisa ayam - secukup rasa
jus lemon secukup rasa
gula secukup rasa
Garam secukup rasa - bila perlu saja


CARA MEMASAK :
* Bersihkan ayam dan dipotong kecil kemudian perap ayam bersama 2 sudu besar sos tiram dan parutan kulit lemon selama 30 minit . Bersihkan bawang putih dan halia kemudian dipotong kecil atau dicincang . Sedikit kulit lemon dihiris nipis-nipis . 


* Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan pukul sebiji telur kemudian celup isi ayam ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan . Angkat dan toskan .

* Bagi buat sos panaskan minyak secukupnya dalam 3 sudu besar dan tumis semua bawang putih dan halia sehingga wangi . Masukkan cili kering kemudian masukkan air serta serbuk perasa ayam secukup rasa dan biar sampai mendidih . Masukkan jus lemon secukup rasa , gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati . Rasa jika ada bahan yang kurang seperti garam boleh lah ditambah .


*  Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan dikacau bila kuah dah pekat boleh terus dimasukkan semua ayam digoreng tadi . Taburkan daun sup dan hirisan kulit lemon tadi untuk xtra citarasa dan bau . Kacau semua bahan sehingga cukup rata dan boleh ditutup api dapur . 

dari atas kanan = buah lemon , cili kering , bawang putih , halia dan hirisan kulit lemon .


Isi ayam yang diperap dengan sos tiram dan parutan kulit lemon .


Ayam goreng lemon ni saya masak ikut citarasa kami sekeluarga sekiranya anda semua nak cuba sila la ubah suai tambah atau kurang bahan mengikut citarasa anda sendiri ya....selamat menjamu selera..

13 comments:

  1. asslm...nmpk myelerakan ayam goereng lemon tu...tentu sedap sgt ni...

    ReplyDelete
  2. salam Nanie, nampak sedap ayam goreng lemon tu dengan berkilat2 lagi buat ngancam dan teringin nak try insyaallah disuatu hari yg tk bizi pasti nak try thnks Nanie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm kak Nor , try la kak agak senang nak dimasak . berkilat tu sebab saya masukkan gula :)

      Delete
  3. As salam kak Nannie.
    Nampak mcm sedap sgt...belum pernah makan lagi ayam goreng lemon ni.

    ReplyDelete
  4. Salam nanie...kecur dah ni,singgah malam2,lapar la pulak...nengok ayam goreng lemon nanie.

    ReplyDelete
  5. hmmm sungguh menyelerakan.. nak cubalah masak besok.. tkasih Nannie..:)

    ReplyDelete
  6. NAK TAU, TEPUNG JAGUNG BERAPA BANYAK EK? AIR TU AGAK2 SATU CUP ADA X?

    ReplyDelete