Pages

Wednesday, 25 March 2015

Sup sayur bebola ayam


BAHAN-BAHAN:

25 biji bebebola ayam - jenama Ayamas
1 batang carrot - yg kecil
bunga kobis - secukupnya
1 peket kacang sweet pea
sedikit sayur kobis - secukupnya
1 peket cendawan inoki
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih - saiz besar
Garam secukup rasa
air stok/rebusan ayam secukupnya

CARA MEMASAK :

- Bersihkan bebola ayam , ketepikan dulu . Kupas semua kulit bawang dan racik semua bawang tu . Bersihkan semua sayur-sayuran serta dipotong dan ketepikan dulu . 

- Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang sampai layu dan menjadi wangi , masuk air rebusan ayam secukupnya dalam periuk dan biar sampai sup mendidih dan masukkan semua chicken ball . Masukkan pula sayur carrot yg sudah dipotong kecil . Selang 2-3 minit masukkan pula bunga kobis . Bila bunga kobis dah sedikit layu boleh dimasukkan kacang sweet pea dengan cendawan inoki dan kacau semua bahan .  Masukkan garam secukupnya . Kacau semua bahan ini dan bila sayur dah masak boleh ditutup api dapur .

1 comment:

  1. Salam puan, di mana puan beli english roses?

    ReplyDelete