Pages

Friday, 20 September 2013

'Wanita Pertama' milikku...

Dalam hati ada taman , berbunga-bunga saja hati ni bila melihat deretan pokok ros yang saya bela/jaga hidup sihat , syukur alhamdulillah . Mata dan hati ni tenang saja bila terpandang 'wajah-wajah' ayu manis ni yang sentiasa tersenyum . Saya tak pernah jemu menjaga/bela pokok ros masuk bulan 9 ni dah 1 tahun 6 bulan laman rumah saya berseri-seri dengan kehadiran bunga-bunga ros . Walaupun macam-macam juga dugaan yang saya dah lalui sepanjang bela/jaga pokok ros ni sebab pokok ros ni agak 'manja' tetapi jika di jaga dengan elok akhirnya diri sendiri juga yang happy sebab pokok ros yang 'manja' ni akan hidup subur dan berbunga cantik menawan......

Kali ni saya nak share gambar bunga ros yang baru sebulan saya bela ni . Nama pokok ros ni 'First Lady' a.k.a 'Wanita Pertama' . Bunga ros FL ni memang terlalu cantik dengan baunya lembut sedap dibau . Pokok ros FL ni pun senang nak hidup dan rajin berbunga serta bunganya tahan lama juga dalam 3-4 hari . Anggun cantik dan menawan ros 'Wanita Pertama'......penyeri laman ros Nannie ^_^

Ciptaan Ilahi yang sangat cantik..

So beautiful.. Subhanallah...

Ayu...cantik..manis..anggun..

Terlalu cantik sampai tak jemu saya belek dan dicium...


Rupa ros FL bila dah full bloom..


Sekali kembang berkuntum-kuntum ^_^ , gumbiranya saya tengok...

3 comments:

  1. Cantik kaler dia.... takut nak bela ros.. takut tak menjadi

    ReplyDelete
  2. cantiknya kakak..geram zila tgk suri hati akak tu..kembang mekar di jambangan kakak...aduhhh

    ReplyDelete