Pages

Tuesday 3 September 2013

Nasi impit bersama kuah lodeh

Nasi impit bersama kuah lodeh ni lagi sedap jika dimakan dengan sambal tumis tapi saya makan dengan serunding daging pun dah sedap . Juadah nasi impit kuah lodeh ni saya masak untuk potluck jamuan Hari Raya di tadikan anak bongsu saya Muhd Adam . Saya masak xtra untuk kami makan di rumah . Hidangan lengkap macam ni memang mengenyangkan cuma tak boleh makan selalu sebab hidangan ni cukup berlemak dengan kuah santan nya ^_^


BAHAN-BAHAN :
Nasi impit secukupnya

BAHAN-BAHAN KUAH LODEH :

Bunga kobis secukupnya
1 biji carrot
Sayur kobis secukupnya
1 peket fucuk - direndam sehingga lembut
1 kilo pati santan 
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah lagi air jika kuah terlalu pekat . Boleh di pelbagai kan lagi jenis-jenis sayur. Boleh juga ditambah udang segar di dalam kuah lodeh ni .

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
100grm udang kering - direndam dulu
2 batang serai

CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua sayur-sayuran dan potong ikut saiz yang sesuai . Potong tempe kemudian digaul dengan sedikit kunyit/garam , goreng tempe sehingga masak kekuningan , bila dah masak angkat tempe dan ditos ketepikan dulu .

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar , kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan santan ke dalam periuk , biarkan kuah santan sampai mendidih .

-Masukkan sayur yang keras dulu dan kacau kuah sekali-sekali , kemudian masukkan sayur yang lebih lembut . Kacau kuah lagi serta di masukkan garam , akhir sekali masukkan tempe goreng dan suhun/fucuk . Biarkan kuah mendidih , bila sayur dah masak boleh la di tutup api dapur .

Saya guna sayur carrot , bunga kobis , ubi kentang , sayur kobis dan fucuk .

Macam-macam jenis sayur lain yang boleh diguna macam kacang buncis , kacang panjang , sengkuang , suuhun , tempe goreng , biji kacang soya . Ikut pada selera kita sendiri .

No comments:

Post a Comment