Pages

Saturday, 29 December 2012

SELAMAT PAGI DARI PENANG

Minggu terakhir cuti sekolah kami sekeluarga bercuti ke Penang .
Pemandang dari bilik hotel yang kami duduk , anak-anak seronok dapat tengok laut .

Wednesday, 26 December 2012

Sayur watercress tumis sos tiram

BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur water creast
200 grm udang 
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia muda

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur watercress dan dipotong menjadi kecil-kecil kemudian ketepikan dulu . Bersihkan udang dan ketepikan , tumbuk semua bawang putih , halia yg dibuang kulit dan bawang merah .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua udang dan sos tiram . Kacau rata semua bahan dan masukkan sayur . Kacau sayur dan baru la di masukkan minyak bijan dan jika kurang masin baru tambah garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Sayur watercress yang saya beli segar di Cameron Higland .

Monday, 24 December 2012

SANDWICH AYAM MAYONIS

Sarapan kami pagi ni sedapnya sandwich ayam mayonis ni . Saya memang suka sangat ayam mayonis yang lemak masin manis . Saya guna dada ayam serta peha ayam untuk buat ayam mayonis ni , proses masak pun agak mudah . Alhamdulillah untuk rezeki kami pagi tadi , anak-anak saya memang suka sangat sarapan yang macam ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

500 grm isi ayam - secukupnya
1 helai daun bay
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
mayonis secukupnya
garam dan serbuk lada hitam secukupnya
roti
salad & timun

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan isi ayam dan di masukkan dalam periuk yang sesuai kemudian isi air secukupnya dan masukkan daun bay , bawang besar dan bawang putih yg sudah diracik . Rebus isi ayam dengan menggunakan api dapur yang kecil supaya ayam masak dengan perlahan-lahan tujuan guna api dapur kecil supaya isi ayam tidak menjadi terlalu keras bila dah masak nanti . Tos kan isi ayam dan diracuk kecil semua isi ayam . Masukkan dalam mangkuk semua isi ayam kemudian masukkan mayonis secukupnya dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan sehingga cukup sebati , boleh terus dimakan dengan roti atau disimpan isi ayam dalam peti sejuk untuk seketika dalam 3-4 jam .

ayam mayonis 

Cuti sekolah kita ke Negeri Kedah

Cuti sekolah hujung tahun sudah hampir ke penghujung , kami sempat pergi bercuti ke negeri Kedah Darulaman . Kedah negeri yang sangat dekat dengan diri saya ni walaupun saya tidak di lahir kan di negeri Kedah tapi saya pernah tinggal di Kedah masa kecil dan ketika umur belasan tahun . Banyak sangat nostalgia dan kenangan yang masih tersimpan kemas di ingatan saya ni . 




Kami ke Kebun anggur di Perlis


Bergugus-gugus buah anggur hijau ni tapi semuanya masih muda . Rasa macam nak pegang saja tapi tak boleh ada guard dan pekerja tunggu dan tengok kami , geram betul saya tengok buah anggur ni .

Sarapan kami semasa di bandar Alor Setar , dah lama saya nak makan nasi berlauk macam ni teringat masa sekolah  dulu saya selalu beli nasi berlauk macam ni untuk dijadi bekal ke sekolah . Dulu bawa belanja seringgit beli nasi berlauk 50 sen dan yang balance saya simpan ^_^

Sampai saja Alor Setar saya dan suami cari tempat makan a.k.a restoran atau gerai , lepas pusing-pusing sekitar area dekat hotel kami duduk tu saya dan suami terjumpa gerai makcik ni di Jalan Putra , Alor Setar . Kedai makan makcik ni terletak di bawah pokok ketapang yang besar di tepi jalan . Dari jauh kami nampak ramai pelanggan gerai makcik ni waaa itu tanda mesti makanan kat gerai makcik ni sedap . Bila sampai saja waaaaaa berderet periuk kat atas meja macam-macam jenis lauk-pauk yang semuanya sedap . Saya tengok semua lauk-lauk memang cukup sedap dan bila makan saja hmmm tepat tekaan saya sedappppp alhamdulillah harga makanan pun ok berpatutan..


Nasi berlauk macam ni adalah sarapan biasa lazim yang boleh kita jumpa di negeri Kedah . Di negeri   Kedah memang tak ada makcik jual nasi lemak dengan pelbagai sambal tapi ada gerai makan nasi berlauk macam dalam gambar di atas ni , alhamdulillah sedapnya nasi ni lepas ngidam saya hehe....


 kalau ke utara kami pasti akan jalan-jalan ke Padang Besar.

Di Padang Besar ni saya paling suka beli pulut susu , ikan bilis , pulut hitam , buah gajus dan macam-macam lagi la . Suami saya suka beli makanan ringan macam sotong bersira gula dan kekacang .


Bila dah sampai Padang Besar kami mesti makan bihun sup Siam ni yang memang sangat sedap . Favorite suami saya sup Siam macam ni , alhamdulillah sedap laa...

Saya pula suka makan ayam dengan pulut mmmm sangat-sangat sedap sebab ada sambal tu dan ayam pula digoreng dengan cukup elok sebab bahagian isi masih lembab dan kulit ayam agak krispy sedapnyaa alhamdulillah....


Hari ketiga kami singgah lagi untuk sarapan pagi di gerai makcik di Jalan Putra Alor Setar ni dan first time saya tengok roti canai dijual dengan gerai basikal bergerak macam ni .


 A very heavy breakfast hehehe tak boleh tahan dengan godaan lauk-pauk kat gerai makcik ni semuanya sedap . Makan nasi ni kenyang sampai ke Petang hehehehe


Kami melawat rumah Tun Mahathir , memang best .

Di rumah Tun Mahadthir..kenangan yang tak akan kami lupa kan..


Kami makan laksa Telut Kecai yang sedap..


Laksa ni special sebab ada sambal kelapa dan kuahnya yang cair tapi cukup sedap..


Sambal pulut dengan serunding ikan yang sangat la sedappp...


Breakfast lazim di negeri Kedah yang sangat sedap .


Nasi berlauk macam ni adalah juadah lazim di Negeri Kedah dan cukup sedap makan serapan nasi berlauk ni .


Saya makan lagi pulut sambal dengan serunding ikan , alhamdulillah sedap.

Insyallah jika panjang umur kami akan ke Kedah lagi . Bila jalan-jalan ke Jitra teringat nostalgia lama masa zaman saya sekolah menengah dulu , saya kayuh basikal balik dari sekolah singgah beli air tebu yg manis medu depan Hospital lama Jitra dan juga makan laksa yang dijual oleh pakcik dekat dengan rumah saya atau ke pekan Jitra makan ABC . Semua memori tersimpan kemas dalam ingatan saya sampai ke akhir hayat . Bahagianya hidup masa zaman remaja hehehe..

Monday, 17 December 2012

NASI GORENG IKAN BILIS

Nasi goreng yang senang nak dimasak dan sedap..
BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
1 biji telur - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram - boleh tambah
sayur kobis secukupnya
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS :

1 genggam ikan bilis
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :

1) Rendamkan ikan bilis sehingga lembut kemudian ditos dan ditumbuk dgn semua bawang serta belacan . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan telur serta dikacau sampai masak kemudian masukkan sos tiram , minyak bijan dan sayur kobis yang sudah dipotong kecil .Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan garam secukup rasa  kacau sehingga nasi goreng masak dan boleh la ditutup api dapur.

Tuesday, 4 December 2012

Mash potatoes lemak berkrim..

Favorite anak-anak saya ni kalau masak menu western mesti ada mash potatoes . Selalunya saya buat banyak sebab anak-anak suka makan mash potatoes saja dengan gravy . Saya akan gandingkan mash potatoes dengan gavy/sos black pepper , sos ayam atau mushroom . Cara saya buat mash potatoes ni simple saja dan saya suka guna ubi kentang russet yang cepat empuk dan texture ubi kentang ni lebih berkanji serta manis .

BAHAN-BAHAN :

7 biji ubi kentang russet 
6 sudu besar butter - boleh tambah
500ml susu penuh krim dlm kotak - blh ditambah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Ubi kentang dibasuh bersih dan direbus hingga empuk . Bila dah empuk tos semua ubi kentang dan dikopek/siat kulit ubi kentang ni kemudian masukkan semula semua ubi kentang ke dalam periuk . Lenyek semua ubi kentang sehingga hancur kemudian masukkan semua butter , susu dan lada hitam ke dalam adunan kentang lenyek ni . Nyalakan api dapur dan kacau ubi kentang lenyek ni supaya sebati dengan bahan-bahan lain . Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa serta kacau jika ubi kentang agak kental boleh la dimasukkan sedikit lagi susu sehingga ubi kentang menjadi mudah hendak dikacau tapi jangan terlebih masuk susu nanti mash potatoes ni jadi cair pulak . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Ni la rupa ubi kentang russet selepas direbus kulit ubi ni senang disiat.


Sedapnya mash potatoes yang cukup lemak berkrim dimakan dengan sos black pepper yum yum . Mash potatoes ni boleh dimakan macam itu saja atau digandingkan dengan ayam panggang , steak , chicken chop , sausage grill . Saya guna mash potatoes bila masak serpherd pie dan tuna caserole .


Sedapnya kegemaran anak-anak saya ni..