Pages

Monday 11 June 2012

Sawi putih dari halaman rumah

Sambil bela pokok ros saya pun tanam sayur dalam pasu kecil . Nak jaga agak mudah sayur sawi ni bagi cukup baja dan air elok la tumbuh dan bila dah besar cukup matang boleh la dikutip . Saya saja  tanam sayur ni untuk seronok-seronok dan alhamdulillah sayur sawi ni mahu hidup . Sawi putih ni saya masak tumis biasa saja alhamdulillah sedap..


BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur sawi putih
sedikit fucuk - direndam sehingga kembang
sos tiram secukupnya
Sedikit minyak bijan 
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :


Segengam udang kering - basuh dan rendam dlm air panas
2 biji bawang merah - kupas kulit
2 ulas bawang putih - kupas kulit

CARA MEMASAK :

- Bersihkan sawi putih dan dipotong kecil .  Kupas semua bawang dan rendam udang kering dlm air panas sekejap kemudian di tos . Rendam semua fucuk sehingga kembang dan tos ketepikan dulu .

- Tumbuk semua bawang dengan udang kering sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau .

-Bila bahan tumbuk yang ditumis sudah masak dan terbit bau boleh la dimasukkan sos tiram . Kacau semua bahan-bahan dan masukkan sayur sawi dengan fucuk tadi dan minyak bijan . Kacau semua bahan dan rasa masin kalau tak cukup baru ditambah garam secukupnya . Bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur .


Saat paling seronok ialah masa kutip hasil tanaman sendiri , anak-anak saya pun tolong kutip sayur sawi ni . Pengalaman baru untuk anak-anak saya melihat macam mana proses sayur ni mula ditanam dari biji benih sehingga besar . Saya tanam secara organik sayur sawi ni saya tak sembur dengan racun kimia dan saya hanya guna baja organik . 


Sawi putih yang baru bercambah dari biji benih , cukup senang tumbuh sayur sawi ni dalam masa 10 hari dah tumbuh macam anak pokok dalam gambar ni , seronok tengok..


Anak sayur sawi bila dan besar macam ni dah boleh di alih ke pasu-pasu kecil..


Lepas 25 hari sayur sawi ni semakin besar alhamdulillah mahu juga sayur sawi ni hidup subur..


Masa ni pokok sawi dan umur 3 minggu , saya siram pada waktu pagi dan petang . Tiap-tiap minggu saya tabur baja organik dan syukur alhamdulillah la tak ada serangga perosak makan daun sayur sawi ni..


Aisyah seronok tolong Mama kutip hasil sayur-sayuran , walaupun laman rumah saya ni kecil dan tiada tanah tapi sebab saya ni memang suka bercucuk tanam saya cuba juga tanam sayur dalam pasu-pasu kecil dan alhamdulillah semua sayur yang saya tanam itu hidup subur walaupun hasilnya tak la banyak mana tapi cukup untuk kami sekeluarga rasa/makan .  Lepas ni saya plan nak try tanam sayur bayam , biji benih dah beli tunggu nak tanam saja ^_^

26 comments:

  1. Salam...rajinnya bercucuk tanam. dlm pasu pun boleh tanam sayur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasil kan :)

      Delete
  2. alahai kak..seronoknya dapat menikmati hasil daripada kerajinan bercucuk tanam ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mmg akan mendpt hasil yg buat kita happy

      Delete
  3. Replies
    1. hehehe tanam sayur dlm pasu ni mmg mudah nak di jaga

      Delete
  4. wahh kak nanie. sihat2 sawi tu.sejuk tgn akak. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. salam kak nannie....waaaaaaaaaaahhh, memang bess kan, makan sayur dari hasil cucuk tanam sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm Mat,
      hehehe mmg best la tanam sayur lepas tu masak makan yum2

      Delete
  6. Salam Nanine..wahhh..seronokkan bila apa yg di tanam menjadi...boleh makan lagi..Iza pun suke,menanam ni tapi x da kesempatan lagi..asyik tangguh je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , mmg seronok tanam sayur ni dan dpt makan pula hehe

      Delete
  7. As salam Kak,

    Eh, seronok kan bila kite berbudi dgn tanah ni... Sayur yg sihat, msk secara sihat! Syukur :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , mmg seronok tanam sayur sendiri dn secara organik , syukur alhamdulillah

      Delete
  8. assalam
    memang seronok cucuk tanam dan dpt pulak tu rasa hasilnya kan
    kita pun sama sb tak ada tanah tanam dlm pasu2 belakng umah, seronok pagi2 tgk pokok2 ni sejuk je mata, petang2 pun ada xtvt menyiram pokok2 he he
    cuma kat sini pokok2 sayur masalah sikit,tikus suka kacau, pokok kunyit pun dimakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , mmg seronok tgk sayur kita tanam mahu hidup , sejuk je mata memandang dan plg best bila dpt kutip hasilnya

      Delete
  9. salam ukhuwah..
    bestnya ada kebun untuk dapur sendiri...hehe

    ReplyDelete
  10. hm.. tunggu..Sawi lynn baru dlm 2cm..comel sgt lagi.. kena alih dlm pasu sepokok saja ker? atau boleh letak byk2

    ReplyDelete
  11. Salam kenal..bestnye,tengok tanaman kak Nannie. sy pun ada niat gak tu..tp tak bila nak mula..

    ReplyDelete
  12. Assalam...ni yg buat sy truja tngok...dh lma x mnanam...sy dh ada smangat smula utk mula berbkti pda tanah...

    ReplyDelete
  13. Salam... Akak, saya pun baru try tanam bayam dalam pasu. Dia dah elok naik. Tapi nak tanye akak mcm mana nak pindah kan ke pasu2 kecil tu ye? Boleh explain cara2 nye tak? tq :)

    ReplyDelete
  14. Seronoknya saya tengok..
    Baru mula menyemai...dah bercambah 2cm..
    Tak sabar nak tgk besar mcm pokok sis:)
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Sy pun tanam sawi ni.. Tak payah beli.. Save sikit. Sekarang dah banyak sy tanam..

    ReplyDelete
  16. Sy pun tanam sawi ni.. Tak payah beli.. Save sikit. Sekarang dah banyak sy tanam..

    ReplyDelete
  17. Sy pun tanam sawi ni save sikit duit.. Seronok tiap2 pagi tengok pokok naik elok

    ReplyDelete