Pages

Saturday, 31 May 2014

Ayam goreng rempah kari

Alhamdulillah sedap..


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam yang besar - dipotong 12 bahagian
1 peket rempah kari daging
3 sudu besar serbuk cili
5 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya utk deep frying

* tambah atau kurang bahan mengikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK :

- Ayam dipotong 12 bahagian dan dibersihkan , tos ketepikan dulu . Masukkan semua bahan bersama garam secukupnya dan semua daun kari ke dalam bekas berisi ayam tadi , semua bahan digaul rata dan perap selama 2-3 jam .

Panaskan minyak yang secukupnya dan goreng semua ayam sampai masak . Bila dah masak boleh diangkat dan tos ayam . Ayam ni boleh dimakan dengan nasi putih , nasi lemak , nasi minyak , nasi tomato , nasi briyani dan lain-lain jenis nasi lagi . 


Ikan masin talang - pelengkap rasa

Pelengkap rasa yang sangat di gemari oleh saya dan suami ^_^ tapi tak ikan masin ni tak boleh makan selalu sebab faktor-faktor nak jaga kesihatan . Ikan masin talang ni jenis yang agak kering so kurang masin berbanding dengan ikan masin gelama atau ikan masin tenggiri yang direndam dalam minyak . Boleh rendam sekejap ikan masin ni untuk nak buang atau kurang kan sikit kandungan garam nya . Kalau nak goreng ikan masin memang saya akan goreng sekali dengan cili kering dan bawang besar dan boleh juga diperah sedikit limau kasturi untuk seimbangkan rasanya , ikut pada citarasa sendiri . Jemput makan yaa....



BAHAN-BAHAN :

1 ekor anak ikan talang masin
1 biji bawang besar
5 biji cili kering - dipotong kecil

CARA MASAK :

Bersihkan isi ikan talang masin ni dan ketepikan dulu . Kupas kulit bawang dan dipotong nipis , bersihkan cili kering dan dipotong . Panaskan minyak secukupnya dan masukkan isi ikan talang masin ni , kacau sampai isi ikan ni masak kemudian masukkan semua bawang besar dan cili kering kacau lagi . Kacau semua bahan dan biarkan bawang besar layu dan masak . Boleh ditutup api dapur dan hidangkan ke atas piring yang sesuai .


Cookies coklat chips badam yum yum

Kali ni memang sedap ranggup cookies coklat chips yang saya buat ni alhamdulillah . Lepas banyak kali cari resepi saya guna resepi cookies yang saya dapat dari My Resipi  terima kasih pada saudari Syari yang berkongsi resepi ni . Lepas ni kalau nak buat lagi cookies saya memang akan guna resepi ni saja sebab menepati citarasa kami sekeluarga ^_^


BAHAN-BAHAN :

3/4 cawan gula perang(brown sugar)
3/4 cawan gula castor
1 cawan mentega( 150grm )
1 cawan minyak sayur
1 biji telur
1 sudu besar susu segar - dlm kotak
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil serbuk cream of tartar
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan badam cincang
2 cawan semi sweet chocolate chips

CARA MEMBUATNYA :

Satukan mentega , minyak , telur , esen vanilla , susu dan gula dalam mangkuk, pukul hingga kembang . Masukkan garam halus dan kacau . 

Ayak tepung bersama serbuk koko , serbuk cream of tartar , tepung jagung dan baking soda . Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dengan telur tadi kemudian masukkan chocolate chips dan badam cincang serta gaul semua bahan lagi . 

Sudukan satu sudu kecil adunan cookies atas dulang yang tak perlu disapu mentega atau minyak . Boleh ditekan adunan untuk menjadi leper . Bakar dalam oven pada suhu 175`C selama 10-15 minit atau sehingga cookies masak . Sejukkan cookies atas jaringan. Simpan dalam bekas kedap udara...

* Badam boleh ditukar dengan kacang lain.

* tips ni saya ambil dari resepi asal - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge selama 30 minit , selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan . Juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair .


Dah ready nak masuk oven ^_^

Friday, 30 May 2014

Ingatan.....



Seandainya dunia ni kau peroleh dengan sangat mudah , bukankah akhirnya engkau akan mati meninggalkannya ?

Apa yang engkau harapkan dari kehidupan yang tidak kekal , yang sebentar lagi akan dihabiskan oleh siang dan malam... .

Duniamu ibarat bayangan yang menaungimu kemudian dengan cepat ia berlalu...

Thursday, 29 May 2014

Lauk hari ni - paprik ayam

Bahagian ayam yang paling kami sekeluarga kurang suka makan ialah bahagian dada ^_^ sebanya kat bahagian tu isinya padat dan kurang sedap mungkin sebab tak ada lemak kot . So , bila beli ayam saya akan asingkan bahagian dada dan selalunya bila masak paprik ayam saya akan guna daging kat bahagian dada tu . Isi ayam kat dada tu akan di potong agak nipis supaya bila masak sos paprik akan meresap ke dalam isi ayam . 

Sekarang ni nak cari resepi terlalu la senang , google saja . Resepi paprik ayam di internet memang macam-macam versi jadi pandai-pandai kita la nak olah resepi untuk mengikut citarasa sendiri . Resepi yang saya bagi ni hanya panduan jadi kalaua da pembaca yang nak ikut resepi saya ni anda boleh ubah suai ikut selera sendiri ^_^ btw kali ni saya masak kuah paprik agak cair sebab anak-anak suka makan nasi dengan kuah banjir laa hihi



BAHAN-BAHAN :

3 ketul dada ayam
1 batang carrot yg besar
sayur bunga kobis secukupnya
kacang panjang secukupnya
3 batang serai dititik
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 helai daun limau purut
2 sudu besar sos tiram - secukupnya
6 sudu sos besar cili thai secukupnya
sos ikan/nampla secukupnya
2 sudu besar cili kisar
air secukupnya
Garam/gula secukup rasa

* Boleh tambah macam-macam jenis sayur lain ikut pada citarasa sendiri . Bahan-bahan juga boleh ditambah atau kurang ikut pd citarasa sendiri .

CARA MEMASAK :


Bersih isi ayam serta di potong isi ayam menjadi kepingan yang agak nipis dan ketepikan dulu . Potong semua sayur dan ketepikan dulu . Kupas kulit semua bawang , lengkuas serta halia dan di tumbuk kasar . Titit semua serai .

Panaskan 3 sudu besar minyak - secukupnya dalam kuali , tumis semua bawang , lengkuas dan halia sehingga wangi terus masukkan cili kisar , kacau semua sehingga cili kisar masak kemudian dimasuk sos tiram/cili sos thai/nampla/kicap secukupnya mengikut citarasa sendiri . Masukkan semua isi ayam tadi dan kacau semua bahan sehingga mesra dan isi ayam masak . Boleh ditambah air jika kuah sedikit .

Boleh dimasukkan sayur carrot dan kacau , bila dah separuh masuk baru dimasukkan kacang panjang . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan bunga kobis serta garam dengan gula secukup rasa . Bila dah masak boleh ditutup api dapur .

Tumis kunyit sotong

Alhamdulillah puas hati bila dapat makan sotong yang fresh . Sotong boleh dimasak apa saja jenis masakan contohnya boleh di masak kari , sambal tumis , di grill , di buat kerabu , tomyam , tumis air , masak lemak cili api , sebagai rencah dalam sos pasta dan macam-macam lagi . Tapi selalunya kalau beli sotong saya suka masak jenis simple , tumis kunyit sotong yum yum memang sangat sedap alhamdulillah...

Sotong fresh yang segar isinya padat tapi lembut dan pemukaan luar kulit/isi adalah berkilat . Seeloknya kalau beli sotong terus di masak dan jangan disimpan sebab bila sotong disimpan beku kesegaran sotong tu mula berkurangan so bila masak isi sotong dah jadi agak lembek dan mudah mengecut bila dimasak terlalu lama . Saya memang suka sangat makan sotong tapi sekarang saya jarang beli sotong sebab sotong ni tinggi juga kandungan kolesterol so tak berapa elok la kerap sangat makan sotong .


BAHAN-BAHAN:


500 grm sotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos nampla/ sos ikan

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup

* boleh ditambah cili api kalau nak pedas

CARA MEMASAK:

 Bersihkan sotong dan potong , tos sebentar . Panaskan 3 sudu besar minyak masak . Tumiskan bahan tumbuk tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum. Masukkan bawang besar , sotong , sos tiram dan sos ikan serta terus mengacau. Jika kurang masin tambah la lagi sos ikan dan kacau untuk 3-5 minit lagi sampai sotong masak.

* Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong menjadi kecut dan liat. Makanan laut seperti sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama nanti isinya menjadi ' over cook ' dan tak sedap.

Saturday, 24 May 2014

Sambal terung ikan bilis

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN :

1 kg buah terung 
Garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukupnya
2 genggam ikan bilis - direndam dan ditumbuk kasar - blh tambah
1 biji bawang besar - dipotong nipis
1 biji telur ayam

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 biji bawang merah
7 biji cili merah - boleh tambah
1 sudu kecil belacan bakar

CARA MEMASAK :

Terung dibersih dan dipotong kecil dan diketepikan dulu . Panaskan dalam 4 sudu besar minyak masak dan tumis semua bahan yg di tumbuk tadi kemudian masukkan ikan bilis . Kacau semua bahan dan biarkan masak sampai wangi . Jika sambal nampak kering tambah sedikit lagi minyak . Kemudian masukkan semua bawang besar , garam , gula dan air asam jawa secukup rasa . Kacau semua bahan dan boleh la di masukkan telur tadi dan di kacau semua bahan . Jika sambal nampak kering boleh ditambah lagi minyak masak . Masukkan semua terung dan dikacau sampai semua bahan mesra dan terung masak . Boleh ditambah lagi bahan perisa ikut selera sendiri . Tutup api dapur bila terung dah masak .


Monday, 12 May 2014

Penne Bolognese

Alhamdulillah..

Lagi sedap buat sendiri sos bolognese ni guna bahan-bahan segar dari beli sos segera dalam tin atau botol . Kalau sos segera tu memang ada bahan pengawet dan perisa tiruan tapi kalau kita masak sendiri sos bolognese ni semua rasa ada lah asli kecuali cili sos tu so kalau tak mau guna cili sos pun tak apa . Pada pembaca yang nak cuba ikut resepi saya ni anda boleh ubah suai cara masak ikut selera sendiri , kita masak ikut cara sendiri insyallah sedap ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta Penne
800 grm daging cincang - boleh tambah

1.5 kg tomato masak ranum
1 labu bawang besar – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 kiub stok daging
5 helai daun bay
2 sudu kecil herba oregano
1 sudu kecil herba thyme
10 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis
Keju parmesan

CARA MASAK PASTA:

masak air di dalam periuk untuk merebus pasta . Bila air mendidih baru masukkan pasta dan 1 sudu besar minyak masak , tujuan dimasukkan minyak supaya pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .

CARA MASAK SOS :

1. Bersihkan semua buha tomato dan dipotong kecil . Panaskan minyak zaitun secukupnya untuk menumis . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu kemudian Masukkan daging cincang . Masukkan semua sos cili , bay leafs , herba thyme dan herba oregano serta kiub daging . Kacau dan pisah-pisahkan daging ni biar semua hancur dan goreng hingga daging cincang masak dan keperangan masukkan semua buah tomato dan dikacau sampai buah tomato ni layu dan hancur . Boleh dimasukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra .

2. Jika sos agak cair boleh la dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung dgn sedikit air untuk memekatkan sos atau boleh juga di perlahan kan api dan biar sos mereneh sampai kuah jadi cukup pekat .Sekali-sekala kacau sos dan bila sos dah cukup pekat boleh la ditutup api dapur . Boleh hidang dengan parutan keju parmesan .

Sunday, 11 May 2014

Selamat hari Ibu

Pagi-pagi lagi bibir ni dah tersenyum lebar..

Ada yang beranggapan kenapa perlu sambut Hari Ibu kerana sepatutnya setiap hari kita perlu sentiasa menghargai ibu kita . Pada pendapat saya Sambutan Hari Ibu adalah satu perkara yang sangat positif dan insyallah dapat memberi kesan yang baik dan menjadi kan ikatan famili bertambah erat . So perkara yang baik apa salahnya kita buat ^_^

Hari ni saya rasa happy di rai serta di beri penghargaan oleh anak-anak serta suami . Terima kasih anak-anak Mama untuk kad yang sangat cantik ni , kata-kata dalam kad ni sangat bermakna untuk Mama , syukur alhamdulillah ^_^

Love my hubby and my children ^_^

Tumis sambal belacan kacang bendi

Alhamdulillah sedap , bendi dari laman terus di masak yum yum . fresh from my garden .


BAHAN-BAHAN :

15 kacang bendi
1 biji telur ayam saiz besar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji cili merah
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan bakar
2 sudu besar udang kering

CARA MEMASAK :

Bendi dibersih dan dipotong kecil . Panaskan dalam 4 sudu besar minyak masak dan tumis semua bahan yg ditumbuk lumat tadi .Kacau semua bahan dan biarkan masak sampai wangi . Jika sambal nampak kering tambah sedikit lagi minyak . Kemudian masukkan telur dan terus kacau dan bair sampai telur masak . Masukkan semua bendi , garam secukup rasa dan jika perlu maskkan sedikit saja gula . Kacau semua bahan sampai bendi masak . Jangan masak terlalu lama nanti bendi jadi lembik dan sedap dimakan . 


Wednesday, 7 May 2014

Kek coklat buttermilk

Alhamdulillah hujung minggu yang lepas saya berkesempatan buat kek coklat buttermilk ni dengan topping cream cheese leleh . Resepinya saya dapat dari website JoyofBaking.com dan untuk topping cheese leleh tu pun saya dapat dari internet . Sekarang ni memang senang sangat nak cari resepi , just google....


BAHAN-BAHAN :

250 gm tepung kek
2 sudu besar serbuk koko 
113gm butter
270 gm gula castor
1 sudu kecil baking soda
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
240 ml buttermilk
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu besar food coloring - warna coklat
parutan keju cheddar - utk hiasan

BAHAN CREAM CHEESE FROSTING :

250grm cream cheese
1/2 tin susu pekat
50 ml UHT whipping cream

CARA BUAT :

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Sedia kan 2 loyang kek berukuran 9 inci x 2 inci dan sapu mentega pada pemukaan dalam loyang serta lapik kertas surih dalam loyang kek itu .

- Ayak tepung gandum dengan serbuk koko serta ketepikan dulu . Putar butter dalam 1-2 minit kemudian masukkan gula serta terus diputar lagi sehingga adunan menjadi kembang dan warna adunan menjadi cerah dalam 2-3 minit .

- Teruskan mix adunan dengan mengguna spend sederhana dan masukkan sebiji demi sebiji telur . Putar sehingga adunan jadi kembang . Kemudian masukkan esen vanilla dan di gaul rata . Masukkan pewarna merah ke dalam buttermilk dan gaul sampai rata . 

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan buttermilk berselang-seli ke dalam mixer bowl sambil dikaup balikkan adunan dengan menggunakan spatula kemudian adunan diputar guna mixer sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 1-2 minit saja . Dalam bekas kecil masukkan cuka bersama soda bikarbonat dan di kacau serta dimasukkan dalam adunan kek tadi dan digaul sampai sebati serta rata .

- Sendukkan adunan masuk ke dalam 2 loyang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit butter  kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 23-30 minit atau sehingga kek masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek dah masak la .

- Bila kek dah cukup sejuk boleh la dikeluarkan dari loyang kek dan biarkan sekejap kek di atas rai besi . Kek ni boleh dihias mengikut kreativiti sendiri atau boleh dimakan macam tu saja.

CARA BUAT TOPPING KEK - CHEESE FROSTING :

- Pukul/putar cream cheese bersama sus pekat dan uht whipping cream sehingga sebati dan kembang . Boleh ditambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . Bila dah siap boleh la di sapu cheese frosting ni pada kek .

- Tuang dan sapu cheese frosting ni pada pemukaan kek yang pertama secukupnya kemudian lapis kan dengan kek ke dua dan sapu/tuang semua cheese frosting pada pemukaan dan tepi kek secukupnya . Simpan kek dalam peti sejuk dalam sejam dan boleh la di nikmati .

Monday, 5 May 2014

Buttermilk scone

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1/2 cawan butter - sejuk
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan buttermilk
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones

CARA MEMASAK :

-Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna ) 

-Ayak tepung dengan baking powder dan gula . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan hancurkan butter dengan garpu serta gaul butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai seeloknya buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk .

- Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan buttermilk . Kacau semua bahan sehingga sebati .

-Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan  adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit .

-Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh gula pengelek anggaran 1 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .

-Bakar scones ni selama 20-30 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi . 

Terung dan bendi dari laman

Petang semalam saya dapat kutip banyak buah bendi dan terung . Pokok-pokok bendi dan terung yang saya tanam dah besar so memang selalu berbuah , dulu masa mula pokok nak membesar saya dapat kutip dalam 1-2 biji buah terung saja tapi sekarang ni sekali kutip dapat dalam 6 - 8 biji terung alhamdulillah . Bila bercucuk tanam ni saya dapat banyak faedah antaranya pokok sayur yang kita tanam tu insyallah akan mengeluarkan hasil , saya dapat bersenam/exercise , ketenangan dalaman / terapi mata serta jiwa dan juga laman rumah jadi lebih meriah ceria dengan suasana tenang - baru la kita boleh cakap ' rumahku syurgaku ' insyallah..





Alhamdulillah .


Sunday, 4 May 2014

Masak lemak putih rebung & udang

Alhamdulillah


BAHAN-BAHAN:

1 batang rebung madu - ambil yang lembut
500 grm udang
santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1-2 keping asam keping
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan rebung madu dan potong ambil bahagian rebung yang lembut sahaja . Bersihkan udang kemudian di tos dan ketepikan dulu . Bawang merah dan putih ditumbuk lumat , titik serai dan bersih daun kunyit serta di siat ambil daun dan buang bahagian tengah yg keras . 

Masukkan santan , semua bawang , serai , asam keping dan daun kunyit ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah hampir mendidih dan boleh la di masukkan semua rebung dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai rebung masak serta empuk .  Masukkan semua udang dan garam secukup rasa serta kacau , bila udang dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sarapan - lempeng cicah kari

Pagi Ahad yang sangat tenang dengan cuaca yang mendung , alhamdulillah . Awal pagi lagi saya dah plan nak masak lempeng untuk sarapan sebab teringatkan ada baki kari ikan tenggiri semalam . Bahan-bahan yang diguna tak banyak dan senang nak bancuh adunan lempeng ni dan guna la pan fry non stick untuk memudahkan proses masak . Saya tambah serbuk kunyit dalam adunan lempeng untuk warna yang lebih menarik . Selesai masak anak-anak dah siap tunggu di meja makan so apa lagi jom makan , alhamdulillah untuk rezeki kami pagi ni ^_^



BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan air - boleh tambah jika adunan terlalu pekat
Sedikit garam - secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit - optional tak letak pun ok je

CARA MEMASAK :

Masukkan semua tepung bersama air, telur , garam dan serbuk kunyit dalam bekas yang sesuai dan kacau sampai sekata .

Panaskan frying pan dan masukkan sedikit minyak . Ceduk sesenduk adunan dan ratakan dalam frying pan dan biarkan lempeng masak seeloknya guna api dapur yang kecil . Bila dah masak balikkan lempeng ni dan biarkan kedua-dua belah lempeng masak dengan elok . Kalau nak garing masak la lempeng ni lebih lama tapi jaga jangan sampai hangit pula . Bila dah masak boleh la diangkat lempeng ni . Ulang proses masak sampai habis adunan tepung ni .