Pages

Wednesday 27 February 2013

PASTA SEAFOOD

Jemput makan..

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta Linguini
500 gm udang
500 gm sotong
1 kilo kupang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus

2 tin tomato soup
1 tin kecil tomato puree
1-2 ketul kiub stok ikan bilis
4 helai daun bay kering - dikoyak
1/2 sudu kecil herba thyme 
1/2 sudu kecil herba oregano
1/2 sudu kecil herba basil 
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun - menumis 
Keju parmesan - tabur bila nak makan

* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri 

CARA MASAK PASTA :

Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu besar butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan digaul rata supaya pasta tak melekat .

CARA MASAK SOS :


Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang , basuh dan ditos ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.

Masukkan semua tomato sup , tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra . Masukkan bay leaf , herba - thyme/basil/oregano serta kiub daging dan kacau sos supaya semua bahan cukup sekata .


Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan sotong/udang/kupang kemudian kacau semua bahan . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sos . Bila sos dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis . Boleh hidang pasta linguini dengan sos seafood ni bersama parutan keju parmesan .

Jemput makan...

Tuesday 26 February 2013

SOS SALAD BALSAMIC

Salad dressing yang paling saya suka dan sedap dimakan dengan kombinasi salad romaine , butterhead , buah apple , celery , avacado dan buah tomato . Saya lebih suka bancuh salad dressing sendiri sebab tiada bahan pengawet dan rasanya lebih sedap ^_^

                                         

SALAD DRESSING :

3/4 cawan xtra virgin olive oil
1/4 cawan cuka balsamic
1 sudu besar bawang putih dicincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1-2 sudu kecil gula perang

* Campurkan semua bahan dalam bekas bertutup seperti balang jem atau tupperware dan goncang bagi sebati . Tuang atas salad ikut pada selera masing-masing nak banyak mana . Salad dressing yang lebih boleh disimpan dan boleh diguna lagi . Salad dressing ni tak perlu disimpan dalam fridge dan boleh tahan 2-3 minggu .

Curahkan dressing balsamic ni pada ikan dan salad dan boleh la dimakan , alhamdulillah .

Salmon grill & salad

Makan malam kami sekeluarga grill salmon dengan mix salad , alhamdulillah sedap . Menu yang sangat ringkas tapi cukup sedap ikut selera saya sekeluarga . Sekarang ni harga ikan salmon baru RM23 sekilo lagi murah dari ikan tenggiri so boleh la selalu kita makan ikan salmon hehe .  Selalunya ikan salmon ni saya masak grill yang sedap dimakan dengan salad yang digaul dgn sos cuka balsamic . Isi ikan salmon yang lemak manis sangat sesuai dimakan dengan sos salad yang masam manis , kombinasi yang cukup serasi ^_^

BAHAN-BAHAN :

4 keping isi ikan salmon
serbuk lada secukupnya
garam secukup rasa
minyak zaitun secukupnya

CARA MASAK :


Bersihkan ikan salmon dan tos kemudian digaul dengan garam serta serbuk lada hitam secukupnya . Panaskan grill pan dan tuangkan minyak zaitun secukupnya untuk proses grill . Bila grill pan dah panas boleh la diletakkan isi ikan salmon ni serta perlahan kan api serta tutup grill pan . Selepas 5 minit boleh dibuka penutup grill pan dan terbalikkan isi ikan salmon ni dan masak kedua belah isi ikan sehingga masak . Tutup api dapur dan boleh la dihidangkan ikan salmon ni dengan salad .

Alhamdulillah sedap 

Friday 22 February 2013

Masak lomak cili api siput sedut


BAHAN-BAHAN :

1 peket siput sedut
5 cawan santan - secukupnya
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi 

CARA MEMASAK :

Basuh dan bersihkan siput sedut kemudian dipotong hujung runcing siput sedut ni . Bersihkan lagi siput ditos serta diketepikan dulu . 

Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua siput sedut , garam secukup rasa , asam keping dengan pucuk ubi . Kacau kuah supaya tak pecah minyak , sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .


Siput yang sudah dibuang hujungnya dan sedia untuk dimasak .

Thursday 21 February 2013

Jemput-jemput ubi keledek

Jemput makan...

BAHAN-BAHAN:

2 cawan ubi keledek kukus 
3 cawan tepung pulut
gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk goreng deep fry

CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ubi keledek dan dipotong menjadi ketulan sederhana besar kemudian masukkan dalam periuk kukus . Kukus ubi keledek sehingga cukup lembut dan masak . Bila ubi keledek kukus dah sejuk boleh dilenyek sehingga lumat kemudian ambil 2 cawan ubi keledek kukus ni dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . Masukkan 3 cawan tepung pulut ke dalam bekas berisi ubi keledek  kukus tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan gula secukup rasa . Tak perlu guna banyak sangat gula sebab ubi keledek dan cukup manis . Jika adunan agak berderai masukkan air sedikit demi sedikit air dan gaul rata semua bahan . 

- Uli bahan sehingga menjadi sebiji doh yang padat seperti dalam gambar ni . Jika anda suka cucur ubi ni leboh liat boleh ditambah sedikit lagi tepung semasa proses menguli ni .


- boleh di uli adunan tepung ni menjadi bebola kecil dan buat sehingga habis semua adunan . Panaskan minyak secukupnya untuk proses mengoreng . Bila minyak dah panas boleh la dimasukkan sebiji demi sebiji bola kecil ni dan goreng sehingga kuning keemasan . Angkat dan tos serta boleh la di hidangkan..


Jemput makan...

Wednesday 20 February 2013

BUNGA KAILAN TUMIS SOS TIRAM

Sayur bunga kailan ni memang favorite saya sebab rasanya yang manis dan ranggup berlemak rasanya lebih kurang macam pucuk paku atau Sabah veggie . Selalunya masa raya cina saja senang dapat beli sayur ni dengan harga yang agak murah . Saya ke hypermarket Giant dan sayur ni dijual RM2 sepeket murahnyaa mungkin sebab nak bagi habis stock . Saya beli beberapa peket sebab kami sekeluarga memang suka makan sayur ni . Selalunya sayur ni saya masak tumis sos tiram dan alhamdulillah sedap mengikut citarasa kami sekeluarga.. 


BAHAN-BAHAN :

2 peket bunga kailan  
1 genggam udang kering
2 ulas putih
3 sudu besar sos tiram - boleh tambah
1 sudu kecil nampla - sos ikan
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit air 

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan bunga kailan dan batang sayur kailan yang besar dipotong menyerong , ketepikan dulu . Bersihkan udang kering dan direndam dalam air panas sehingga kembang dan ditos . Tumbuk semua bawang putih serta udang kering sehingga lumat . 

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua sos tiram  . Masukkan sayur kailan , minyak bijan dan sos nampla serta dikacau semua bahan . Jika sayur nampak kering masukkan sedikit air kemudian kacau semua bahan . Tambah dan kurang bahan mengikut selera sendiri . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 


Bunga kailan 

Wednesday 13 February 2013

MY Mawar....rose...rosa....ros...

Hujung bulan ni genap la setahun saya pelihara/bela pokok ros , alhamdulillah setakat ni semua pokok ros elok hidup dan berbunga , ada juga pokok ros yang saya jaga ni mati terutamanya masa musim hujan . Dalam masa setahun ni dah banyak sangat pengalaman yang saya lalui bersama pokok-pokok ros kesayangan saya ni . Pengalaman banyak membeli ilmu berguna untuk saya dan alhamdulillah saya semakin minat dengan hobi pelihara pokok ros ni . Tenang rasanya bila tengok pokok ros yang dibela semakin besar dan berbunga....




























Tuesday 12 February 2013

Tumis sayur kacang , karot & hati

Lama betui saya tak masuk n3 , kebelakangan ni saya agak sibuk dengan urusan rumah kami yang dah hampir nak siap . Hari ni saya luangkan masa nak upload gambar dan resepi sayur yang simple ni . Bestnya cuti 4 hari dan besok kita semua akan mula kerja balik serta teruskan dengan kehidupan kita ni . Semoga semua urusan yang kita rancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya , amin .


BAHAN-BAHAN :

1 ikat sayur kacang panjang  
2 batang carrot
1 genggam ikan bilis kecil
5 ketul hati ayam
4 sudu besar sos tiram - boleh tambah
2 sudu besar kicap manis - boleh tambah
sedikit air 
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan kacang panjang serta carrot dan dipotong , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan ketepikan , tumbuk semua bawang putih serta bawang merah . Potong hati ayam menjadi ketulan kecil dan digoreng sampai masak , ditos dan ketepikan dulu .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua ikan bilis dan sos tiram . Masukkan kacang serta carrot serta masukkan sedikit air kemudian kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan hati ayam tadi . Tambah dan kurang bahan mengikut selera sendiri . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang .