Sambil bela pokok ros saya pun tanam sayur dalam pasu kecil . Nak jaga agak mudah sayur sawi ni bagi cukup baja dan air elok la tumbuh dan bila dah besar cukup matang boleh la dikutip . Saya saja tanam sayur ni untuk seronok-seronok dan alhamdulillah sayur sawi ni mahu hidup . Sawi putih ni saya masak tumis biasa saja alhamdulillah sedap..
BAHAN-BAHAN :
2 ikat sayur sawi putih
sedikit fucuk - direndam sehingga kembang
sos tiram secukupnya
Sedikit minyak bijan
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :
Segengam udang kering - basuh dan rendam dlm air panas
2 biji bawang merah - kupas kulit
2 ulas bawang putih - kupas kulit
CARA MEMASAK :
- Bersihkan sawi putih dan dipotong kecil . Kupas semua bawang dan rendam udang kering dlm air panas sekejap kemudian di tos . Rendam semua fucuk sehingga kembang dan tos ketepikan dulu .
- Tumbuk semua bawang dengan udang kering sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau .
-Bila bahan tumbuk yang ditumis sudah masak dan terbit bau boleh la dimasukkan sos tiram . Kacau semua bahan-bahan dan masukkan sayur sawi dengan fucuk tadi dan minyak bijan . Kacau semua bahan dan rasa masin kalau tak cukup baru ditambah garam secukupnya . Bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur .
Saat paling seronok ialah masa kutip hasil tanaman sendiri , anak-anak saya pun tolong kutip sayur sawi ni . Pengalaman baru untuk anak-anak saya melihat macam mana proses sayur ni mula ditanam dari biji benih sehingga besar . Saya tanam secara organik sayur sawi ni saya tak sembur dengan racun kimia dan saya hanya guna baja organik .
Sawi putih yang baru bercambah dari biji benih , cukup senang tumbuh sayur sawi ni dalam masa 10 hari dah tumbuh macam anak pokok dalam gambar ni , seronok tengok..
Anak sayur sawi bila dan besar macam ni dah boleh di alih ke pasu-pasu kecil..
Lepas 25 hari sayur sawi ni semakin besar alhamdulillah mahu juga sayur sawi ni hidup subur..
Masa ni pokok sawi dan umur 3 minggu , saya siram pada waktu pagi dan petang . Tiap-tiap minggu saya tabur baja organik dan syukur alhamdulillah la tak ada serangga perosak makan daun sayur sawi ni..
Aisyah seronok tolong Mama kutip hasil sayur-sayuran , walaupun laman rumah saya ni kecil dan tiada tanah tapi sebab saya ni memang suka bercucuk tanam saya cuba juga tanam sayur dalam pasu-pasu kecil dan alhamdulillah semua sayur yang saya tanam itu hidup subur walaupun hasilnya tak la banyak mana tapi cukup untuk kami sekeluarga rasa/makan . Lepas ni saya plan nak try tanam sayur bayam , biji benih dah beli tunggu nak tanam saja ^_^