Pages

Monday, 15 November 2021

Masak Lemak Cili Api Itik Salai


Assalamualaikum , dah lama betul saya tak update blog ni . Sekarang saya hanya aktif di Instagram . Hari ni saya share resepi Masak lemak cili api itik salai yg sangat mudah nak dimasak . Itik salai ni saya beli semasa pergi ke Kuala Pilah .Sedap isi itik salai ni , alhamdulillah . Saya share resepinya 

Bahan-bahan:

1 ekor itik salai 
5 cawan santan cair - boleh ditambah
1-2 cawan pati santan
1 helai daun kunyit saiz besar
5 batang serai dititik
Garam secukup rasa
1-2 asam keping

Bahan ditumbuk lumat :

10 biji cili api 
2 inci kunyit hidup
Sedikit garam

Cara masak :
Bersihkan itik yg sudah dipotong kecil . Masukkan semua isi itik dalam periuk bersama baham tumbuk , serai , asam keping dan santan . Hidupkan api dapur dan kacau semua bahan . Guna api dapur sedang dan biarkan kuah mereneh , sekali sekala kacau kuah dan isi itik . Jika isi itik masih liat boleh ditambah santan. Rasa kuah jika kurang masin masukkan garam , masukkan daun kunyit yg sudah diracik halus .

Biar isi itik masak hingga empuk , masukkan pati santan dan kacau semua bahan , bila isi itik empuk dan mesra dgn kuah bokeh lah ditutup api dapur .