Pages

Tuesday, 16 July 2019

Bubur Rolled Oats

Syukur alhamdulillah pagi ni saya dapat buat post , lama sangat saya sepi sejak dari tahun 2017 . Pagi ni saya share resepi menu favorite iaitu sup rolled oats yg sangat mudah nak dimasak dan sangat sedap serta sangat-sangat berkhasiat . Saya selalu makan sup rolled oats ni utk breakfast atau pun dinner dan selalunya saya suka guna perencah isi ayam dan sayur brokoli . Bahan asas utk sup ni adalah rolled oats dan utk perencah lain boleh guna isi ayam , daging , ikan , telur dan apa saja jenis sayur ikut selera sendiri . Utk resepi rolled oats dalam post ni saya guna cendawan . 



BAHAN-BAHAN:

3 sudu besar rolled oats
80 gram isi ayam cincang/mince chicken
1 keping fucuk - direndam sampai kembang dan dicarik jadi saiz kecil
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1cm halia
Garam secukup rasa
Air mencukupi sampai rolled oats masak empuk lembut 

*Masa masak boleh tambah air jika nak banyak kuah 

CARA MEMASAK :

- Kupas semua kulit bawang dan di tumbuk lumat atau dimayang kecil . Kupas kulit halia dan dimayang nipis .
-Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang dan halia . Kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan isi ayam. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk , masukkan semua rolled oats dan kacau , biarkan sampai kuah mendidih dan rolled oats lembut. 

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali kemudian boleh la di masukkan semua fucuk atau sayur . Biarkan sayur masak dan bolehj ditutp api dapur serta hidang sup ni . Cadangan , boleh ditabur daun sup/bawang yang sudah di potong halus ke dalam sup dan bawang goreng

Contoh brand rolled oats , gambar dari google