Lama saya tak masukkan entry resepi ke blog sebab setiap hari jadual harian saya mmg penuh dgn macam-macam aktiviti . Awal pagi bangun selepas selesai semua tugasan di ruamh saya hantar anak ke sekolah kemudian ke kelas mengaji . Habis kelas balik rumah sambung buat kerja rumah kemudian ambil anak dari sekolah dan sambung aktiviti lain . Saya free selepas pukul 9 malam tapi mata dah ngantuk so memang saya tak sempat nak buka computer dan masukkan entry . Pagi ni tak ke mana sebab anak-anak cuti sekolah kerana jerebu semakin teruk di kawasan bandar kami tinggal ni . So dapat la saya masukkan 1 resepi simple ni , saya share resepi tumis kicap hati ayam , macam biasa resepi ni hanya lah panduan so pada pembaca blog saya yang nak cuba resepi ni anda boleh ubah suai resepi ikut selera sendiri ya .
BAHAN-BAHAN :
800 grm hati ayam - dibersihkan dan dipotong kecil
2 biji bawang besar
5 sudu besar sos tiram - boleh tambah
5 sudu besar sos tiram - boleh tambah
3 sudu besar kicap - boleh tambah secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - boleh tambah
4 biji cili - dipotong menyerong
sedikit cuka makan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - boleh tambah
4 biji cili - dipotong menyerong
sedikit cuka makan
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci halia
CARA-CARA MEMASAK :
- Hati ayam dibersihkan kemudian dipotong kecil dan digaul dgn garam seta kunyit . Panaskan minyak secukupnya utk goreng deep fry semua hati ayam , goreng hati ayam sehingga agak garing tapi jgn garing sangat nanti hati ayam jadii keras . Bila hati ayam dah masak boleh diangkat kemudian ditos dan ketepikan dulu .
-Bawang besar dibersihkan dan dipotong nipis . Panaskan minyak secukupnya utk menumis dant umis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili sampai naik wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .
-Masukkan semua hati ayam tadi kemudian masukkan kicap , serbuk lada hitam dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan sedikit cuka makan dan digaul semua bahan-abahn Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Bila hati ayam dah cukup sebati dgn bahan lain dan dah masak boleh la ditutup api dapur . Resepi yang mudah dan cepat disediakan .