Pages

Saturday 31 March 2012

IKAN SALMON GRILL dgn BRUSSEL SPROUT

Dinner yang ringkas dan alhamdulillah sedap...


BAHAN-BAHAN :

kepingan ikan salmon 
serbuk lada hitam dan garam secukupnya
sedikit minyak zaitun

CARA MASAK

- Bersihkan ikan kemudian dilumur kepingan ikan ni dgn garam , panaskan grill pan dan letakkan sedikit minyak zaitun dalam grill pan . Bila cukup panas boleh diletakkan kepingan ikan dalam grill pan , taburkan serbuk lada hitam ke atas pemukaan isi ikan . Balik-balikkan ikan ni dan biarkan sampai ikan masak .

RESEPI UNTUK SAYUR BRUSSEL SPROUT 

BAHAN-BAHAN :

1 peket sayur brussel 
5 biji cendawan butang fresh
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar butter
1/2 cawan cream - boleh tambah lagi 
garam secukup rasa
sedikit daun sup - diracik halus

CARA MASAK :

- Buangkan sedikit bahagian bawah sayur ni dan potong sayur ni menjadi 2  . Dalam periuk yg sesuai rebus air sampai mendidih dan masukkan sedikit garam serta semua sayur brussel ni , celur sayur ni selama 1 minit sahaja sehingga warna sayur bertukar menjadi hijau cerah . Tos sayur dan ketepikan .

- Dalam kuali masukkan semua butter dan tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan semua cendawan dan kacau semua bahan-bahan sehingga cendawan separuh masak , boleh la dimasukkan daun sup tadi dan kacau lagi . 

- Masukkan sayur brussel ni dengan cream dan kacau sehingga cukup mesra . Jika nak ada kuah tambahkan sikit lagi cream kemudian masukkan garam dan serbuk lada secukup rasa kemudian kacau sayur ni . Jangan masak terlalu lama so boleh ditutup api dapur dan hidangkan sayur ni bersama ikan salmon grill serta hirisan buah lemon .

Friday 30 March 2012

PASTA SOS KRIM CENDAWAN

Semalam dapur saya jadi wangi semerbak dengan bau butter dan cendawan yang sedang dimasak , anak-anak saya pun masuk dapur nak tengok apa yang Mama masak untuk makan malam . Aisyah dan Adlina senyum meleret tengok Mama masak sos krim cendawan yang akan dimakan dengan pasta . Juadah pasta sos krim cendawan ni memang favorite 2 orang anak gadis saya tu . Sekarang anak sulung saya NurAisyah yang berumur 14 tahun tu tengah jaga makan takut badan debab ^_^ dan Aisyah cukup jaga portion nasi , bila makan selalu nasi diambil sikit je tapi malam tadi Aisyah tak boleh tahan sebab dah cukup tergoda dengan bau aroma sos cendawan yang Mama masak ni  ^_^ pasta sos krim cendawan ni memang favorite Aisyah....tak apa la sekali-sekala Aisyah makan lebih dari selalu kan lagi pun Mama bukan selalu masak sos krim cendawan ni ^_^

Mmmmm sedapnya cukup berselera anak-anak saya makan pasta syukur alhamdulillah . Happy Mama tengok anak-anak berselera makan insyallah lain kali Mama masak lagi ya juadah favorite anak-anak Mama ni...ohh btw En.Husband makan juga pasta krim sos ni tapi sikit je setakat 2-3 sudu untuk rasa saja . Saya cukup faham dengan selera suami saya yang kurang gemar masakan kalau ada banyak susu dan keju ^_^  dan saya dah cukup tau apa juadah favorite En.Husband ku iteww...so awal lagi saya memang dah masak nasi dengan lauk-pauk ^_^ 


BAHAN-BAHAN :

pasta secukupnya - direbus sampai masak
2 ulas bawang putih - dicincang
300grm cendawan butang fresh
1/2 cawan parutan keju cheddar  
100 ml cream - boleh ditambah
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
4 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
Black pepper secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup dan daun bawang - dicincang
Keju parmesan - masa makan ditabur atas pasta


Resepi ni hanya la sebagai panduan saja so boleh dikurang atau ditambah bahan-bahan mengikut citarasa sendiri .

CARA MASAK :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua pasta dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut . Masukkan 1 sudu besar minyak dalam air rebusan pasta ni . Bila dah masak toskan pasta ini kemudian digaul dengan sedikit butter atau minyak dan ke tepi kan dulu.

- Bersihkan semua cendawan dan potong kecil-kecil atau boleh dicincang halus . Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua butter dan minyak zaitun . Biar butter cair dan masukkan semua  bawang putih dan biar sampai bawang masak layu serta menjadi wangi . Masukkan semua cendawan dan kacau semua bahan kemudian masukkan daun sup/bawang dan kacau serta biar cendawan masak , jika cendawan nampak kering boleh ditambah sedikit lagi minyak zaitun .

-Terus masukkan susu dan kacau sekejap kemudian masukkan semua krim serta serbuk black pepper secukupnya ke dalam kuah dan kacau . Masukkan semua keju cheddar dan kacau sos ni dan boleh la dimasuk garam secukup rasa dan kacau sos .

-Masukkan pasta ke dalam sos dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra . Boleh la ditutup api dapur. dan bila nak makan boleh ditabur parmesan cheese ke atas pasta ni....

Cendawan swiss brown dengan cendawan white button 


Pasta sos krim cendawan ni sedap dimakan panas-panas so lepas masak je boleh la dihidangkan dengan parmesan cheese . Boleh ditambah cream dan keju lagi jika nak kuah lebih creamy....

Wednesday 28 March 2012

SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU

Hari ni saya masak sambal tempoyak pucuk kayu favorite En.Suami ku . Saya belajar dari mak mertua cara nak masak sambal ni . Mak mertua saya memang tak ada bagi resepi secara detail so saya memang belajar dari pemerhatian dan lepas tu saya cuba masak sendiri . Tak la susah sangat nak masak menu ni yang penting kita mesti pastikan sambal tempoyak ni ada cukup rasa lemak , masam , manis dan masin kiranya ikut pada citarasa kita la . Lagi satu jangan terlebih guna pucuk ubi dan pucuk kaduk sebab nanti sambal ni boleh jadi pahit .

Bahan paling penting untuk menentukan sedapnya sambal ni adalah tempoyak so gunalah tempoyak yang baru jadi sedang-sedang elok tak terlalu manis dan tidak masam sangat . Kalau ikut resepi asal mak mertua saya guna daun pucuk keledek , pucuk labu , pucuk ubi , daun kunyit , serai , petai , ikan bilis dan pucuk cemperai . Saya pula hanya guna pucuk-pucuk ulam yang mudah saya beli di area rumah saya ni walaupun tak cukup pucuk ulam tapi sambal ni masih menetapi citarasa saya dan En.Suami ^_^ syukur alhamdulillah......


BAHAN-BAHAN :

1 pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
5 helai daun kunyit
4 atau 5 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
4 atau 5 batang serai
5 papan petai - ambil buah petai saja
1-2 genggam ikan bilis - bersihkan
3-4 sudu besar tempoyak atau secukupnya 
pati santan secukupnya
garam secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili hidup - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup semua rasa .

CARA MASAK :

- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Ketepikan dulu..

- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan .

Pucuk ulam-ulaman serta serai yang sudah diracik . Kalau boleh racik la nipis-nipis jangan ikut saya potong kecil-kecil je sebab nak cepat siap hihi.....

Monday 26 March 2012

SUP CENDAWAN


 BAHAN-BAHAN:

300grm cendawan white button
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan cream
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
3 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Saya guna white button mushroom . Kalau tak ada air rebusan ayam boleh diganti dengan 1 atau 2 biji kiub perisa ayam .

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut . Masukkan 2 sudu tepung gandum ke dalam cendawan ni dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra . Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih . Tutup api dapur dan kisar sup cendawan ni sehingga hancur .

-. Masukkan balik sup cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa 

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . -Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa 

- Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan mengikut citarasa anda sendiri 

Ni la rupa cendawan yang saya guna untuk sup ni .

Tuesday 20 March 2012

AYAM KUNG PAO

Hari ni untuk makan tengahari saya masak ayam kung pao , masakan cara cina ni memang menetapi selera kami sekeluarga terutama anak-anak saya . Saya masak ayam kung pao berkuah dan ayam tak digoreng dulu   . Anak-anak saya makan nasi mesti ada kuah baru la berselera mereka makan...resepi yang simple macam ni memang jadi pilihan kami sekeluarga . Ada pelbagai versi ayam kung pao dan saya dah ubah suai sikit resepi ayam kung pao ni mengikut selera kami sekeluarga . Jika ada di antara pembaca blog saya ni nak try masak ayam kung pao ni anda boleh ubah suai resepi ikut selera sendiri ya ^_^

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
8 biji cendawan shitake yang kering
Garam secukup rasa - jika perlu
5 sudu besar sos tiram - boleh ditambah
4 sudu besar kicap manis - boleh ditambah
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan biji gajus
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia muda

CARA MEMASAK :

- Potong ayam menjadi ketulan kecil dan dibersihkan kemudian diketepikan dulu . Semua bawang , halia di kupas kulit dan ditumbuk lumat . Cendawan direbus sehingga kembang kemudian ditos dan dipotong kecil - simpan air rebusan cendawan tu . Buah gajus digoreng sehingga golden brown kemudian diangkat dan ditos . Bawang besar dan cili merah dipotong .

- Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga wangi . Kacau semua bahan ini dan dimasukkan sos tiram dengan cendawan shitake . Terus kacaus sekejap dan boleh la dimasukkan semua ayam dan dikacau lagi .


- Masukkan air rebusan cendawan anggaran dalam 1 cawan kemudian dimasukkan kicap dan minyak bijan . .Kacau semua bahan dan biarkan mendidih dan boleh la dimasuk semua buah gajus , bawang besar serta cili merah yang dipotong menyerong . Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air lagi rebusan cendawan atau air biasa . Kacau ayam kung pao ni dan rasa kuah jika ada rasa yang kurang boleh ditambah lagi bahan-bahan perasa . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Saya tidak masukkan garam dalam menu ayam ni sebab saya dah tambah bahan perisa kicap dan sos tiram . Syukur , alhamdulillah sedap ayam kung pao ni.

IKAN TONGSAN MASAK KICAP BEREMPAH

Tiap kali ke Tesco Nilai saya mesti tertarik tengok ikan tongsan yang dijual so semalam saya beli beberapa keping ikan tongsan ni . Suami saya bagi tahu yang ikan tongsan memang antara ikan pilihan di Negeri Sembilan ni dan selalunya ikan tongsan ni di masak gulai cili api a.k.a masak lemak cili api campur kulit rambai atau daun asam gelugor . Saya pula dah ubah cara masak ikan tongsan ni dan alhamdulillah sedap , ikan ni perlu dibasuh dengan asam jawa dan digoreng garing tapi jangan la garing sampai jadi keras hehehe kiranya sedang elok garing je , jika ada yang berminat nak cuba resepi ni sila la ubah suai resepi ikut citarasa anda sendiri ya ^_^

BAHAN-BAHAN:

3 keping isi ikan tongsan
2-3 sudu besar rempah sup atau rempah kurma
1 biji bawang besar - dipotong membulat
Air asam jawa secukupnya
Kicap manis secukup rasa
1 sudu kecil minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air


BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 biji bawang merah - yg besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
* Ikan tongsan dibersih dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit dan menjadi keras.

* Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan ditumbuk lumat dan semua rempah  biar masak hingga terbit bau wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan air asam jawa secukupnya dan terus kacau , boleh ditambah sedikit air supaya lebih banyak kuah 


* Masukkan semua ikan tongsan serta kicap dan terus kacau semua bahan-bahan bagi rata , racik halus daun sup dan ditabur atas ikan dan digaul rata . Rasa kuah jika ada bahan yang kurang boleh ditambah . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .


- Semua bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing . Kalau suka pedas boleh ditambah cili api yang dibelah 2 .

Friday 16 March 2012

MASAK LEMAK CILI API BURUNG PUYUH SALAI

Baru-baru ni kami sekeluarga balik kampung dan macam biasa on the way balik kampung suami saya mesti berhenti di gerai pakcik jual daging salai  . Selalunya pakcik tu jual daging salai , ikan keli salai tapi kali ni ada burung puyuh salai mmm best . Suami saya beli daging salai dan saya pula pilih burung puyuh salai ni . Setiap seekor puyuh salai ni sebesar tapa tangan je memang kecil tapi isinya padat dan rasa macam ayam kampung . Seekor burung puyuh RM3 so saya pilih 6 ekor saja cukup untuk kami sekeluarga makan . Balik rumah hari ni saya masak lemak cili api burung puyuh campur ubi kentang , kuah mesti pekat baru la sedap . Syukur alhamdulillah untuk rezeki kami hari ni...


BAHAN-BAHAN :

6 ekor burung puyuh salai
4 cawan santan pekat - boleh tambah
5 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dibelah 4
5 batang serai - dititik

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi atau sedikit air .

CARA MEMASAK :

-Potong burung puyuh menjadi 2 dan dibersihkan serta diketepikan dulu . 

-Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan dan sekeping asam keping ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga mendidih dan masuk semua ubi kentang . Kacau kuah supaya tak pecah minyak . Bila ubi kentang separuh empuk boleh la dimasukkan burung puyuh tadi . Biarkan burung puyuh masak dan sebati dengan kuah . Sekali sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .


Ni la rupa burung puyuh salai comel je saiznya sebesar tapak tangan orang dewasa tapi isi padat dan pejal rasanya macam ayam kampung , memang sedap...

Thursday 15 March 2012

POKOK ROS MENAWAN..

Dah 3 minggu kami berpindah duduk di rumah baru dan saya pun dah mula balik hobi tanam pokok hiasan . Dulu masa duduk di apartment ada juga saya tanam banyak pokok hiasan tapi bila dah pindah duduk landed house lagi best nak tanam pokok hihi . So untuk permulaan ni saya pilih nak bela pokok-pokok bunga ros sebab impian saya nak buat English Garden laaa... So baru-baru ni saya ajak hubby ke Sg.Buloh sebab di sana memang banyak pilihan pokok dengan harga yang lebih murah dan pokok-pokok yang dijual pun memang segar bugar .

Kami baru sampai , anak-anak saya pun seronok masuk nursery pokok macam pegi taman bunga la pula . Rambang mata la kalau ikutkan keinginan saya nak beli macam-macam jenis pokok berbunga sebab saya memang suka pokok berbunga . Tapi saya tak mau terburu-buru saya nak plan elok-elok dan pilih pokok berbunga yang sesuai saja untuk menetapi tema English garden . Nanti saya boleh pergi lagi ke nursery pokok ni beli pokok lain pula..

Banyaknya pilihan pokok bunga ros dari Cameron Higland ni macam-macam color . Memang rambang mata saya nak pilih . Pokok ros dari Cameron ni hanya boleh siram sekali sehari dan perlu diletakkan tembat teduh tak boleh direct matahari .

Jom balik , dah penuh kereta dengan pokok-pokok bunga ros dan macam-macam barang lain...

Ni la pokok pilihan saya yang saya beli ada pokok ros Cameron dan yang biasa pokok ros kampung yang lebih tahan lasak boleh direct matahari bunga pun kecil-kecil tapi cantik sangat dan nak bela pun senang saja . Rumah saya duduk ni memang tak ada tanah so saya tanam dalam pasu saja la pokok ros ni . 

Slowly saya alihkan pokok ros ni dalam pasu yang lebih besar dan saya dah mula susun bagi kemas . Ada lagi pokok berbunga yang saya nak beli tapi saya nak bela pokok bunga ros ni dulu tengok macam mana sesuai atau tidak pokok-pokok ros ni dengan persekitaran rumah saya ni . Kalau ok boleh la saya tambah pokok hiasan berbunga yang lain pula hehehe . Happy gardening , terapi minda dan mata memang seronok belek pokok bunga ni , damai je tengok bunga ros kembang setaman hehehe..

Wednesday 14 March 2012

KERABU TAUGEH

Satu hari 2 jenis masakan sayur taugeh , kerabu taugeh ni saya buat untuk makan tengahari dan taugeh tumis sos tiram pula saya goreng untuk dimakan waktu dinner nanti . Kerabu taugeh ni saya guna taugeh mentah so baru la sedap ranggup saja dan saya tambah kacang panjang , untuk sambal kelapanya saya letak udang kering dan bahan-bahan lain . Saya serta kan resepi ya so cuba la dan anda boleh ubah resepi kerabu ni ikut pada citarasa sendiri...


BAHAN-BAHAN :

2 cawan taugeh - dibersihkan dan ditos
8 batang kacang panjang
1 biji bawang besar-dimayang nipis-nipis
limau nipis secukupnya - ambil jus tanpa biji 
Garam dan gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan - yg dibakar
2 biji cili merah - boleh tambah lagi kalau suka pedas
Segenggam udang kering - rendam sekejap

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan taugeh dan ditos serta diketepikan dulu . Bersihkan kacang panjang dan dipotong kecil serta dketepikan dulu .Bawang besar dipotong nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai . 

Masukkan kelapa parut putih ke dalam kuali bersama bahan yang ditumbuk lumat dan sangai atau goreng tanpa minyak kelapa ni bersama sambal sehingga cukup sebati dan kelapa menjadi sedikit kering anggaran dalam 10-15 minit .

Kacau kelapa dengan sambal sehingga cukup sebati dan boleh la ditutup api dapur serta dibiarkan sejuk .  Satu kan semua taugeh , kacang panjang serta bawang besar kemudian boleh la dimasukkan sambal kelapa ni sikit demi sedikit . Kacau semua bahan dan dimasukkan jus limau nipis secukupnya serta garam secukup rasa . Bila kerabu ni dah dicampur mengikut selera sendiri boleh la dihidangkan .

SAYUR TAUGEH TUMIS SOS TIRAM

Bila ke pasar saya mesti belek sayur taugeh yang dijual kalau sayur taugeh tu fresh ranggup saja kan . Sayur taugeh yang ranggup memang selalu menjadi pilihan saya tak kira cara masakannya sama ada digoreng ringkas , dimasak lemak atau dibuat kerabu . Sayur taugeh manis semula jadi dan yang paling best sebab sayur taugeh ni murah je kan tapi kaya dengan vitamin dan khasiat..


BAHAN-BAHAN :

2 cawan sayur taugeh
1 ikat kucai
1 cawan udang yang sudah dibuang kulit
1-2 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan - kalau tak ada pun ok
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK ATAU KISAR :

2 biji bawang merah- kupas kulit
2 ulas bawang putih - kupas kulit

CARA MEMASAK :

- Bersihkan taugeh serta ditos kemudian dibersihkan kucai dan dipotong .Kupas semua bawang dan ditumbuk lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan tumbuk dan kacau .

-Bila bahan tumbuk yang ditumis dah wangi boleh la dimasukkan sos tiram . Kacau semua bahan-bahan dan masukkan pula udang serta dikacau rata sampai udang masak . Masukkan taugeh dan kucai tadi dan minyak bijan kemudian dikacau semua bahan dan rasa masin kalau tak cukup baru ditambah garam secukupnya . Bila taugeh dah masak boleh la ditutup api dapur .

Thursday 8 March 2012

KACANG KAYA KHASIAT

Saya google untuk cari info tentang kebaikan serta khasiat makan kacang so ni link yang saya dapat dari arkib Utusan Malaysia boleh klik untuk ke SANA dan saya dah copy & paste untuk n3 pagi ni sebagai info tambahan . 

Kacang kaya khasiat
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan.Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi.

Terdapat pelbagai jenis kacang yang boleh anda beli di pasaran. Ia bukan saja dapat memberi rasa enak dalam makanan malah mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan.Kacang adalah biji dan buah yang tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah dan boleh dikeluarkan daripada buah. Contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya.Mana-mana isi rong yang berminyak dan besar ditemui dalam kulit dan digunakan dalam makanan boleh dikira sebagai kacang.Oleh kerana kacang secara umumnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi, ia merupakan makanan yang menjadi sumber tenaga.Sejumlah besar kacang boleh dimakan dan digunakan dalam masakan, dimakan mentah, dipanggang sebagai makanan ringan atau diperah untuk mendapatkan minyak yang digunakan dalam masakan dan alat solek.

Disebabkan baru-baru ini saya ada menikmati ayam yang digoreng bersama kacang badam, saya terfikir untuk berkongsi tentang maklumat kacang ini bersama pembaca semua.

Jadi apa kata kita minggu ini kenali beberapa jenis kacang dan kelebihannya.Kacang badam atau nama saintifiknya prunus dulcis berasal dari Asia Barat dan Asia Selatan merupakan bijian daripada buah drup.Ia mengandungi (lapisan luar iaitu buah, tempurung atau cengkerang yang melindungi bijinya (kacang badam). Cengkerang yang melindungi biji badam harus dipecahkan untuk mendapatkan kacang badam.
Badam boleh dimakan mentah atau dipanggang. Ia juga satu komponen bahan untuk aneka hidangan. Badam boleh didapati dalam banyak bentuk, seperti sebiji penuh, dihiris, dan sebagai mentega badam, susu badam dan minyak badam.

Badam manis mengandungi lebih kurang 26 peratus karbohidrat (12 peratus serat pemakanan, 6.3 peratus gula, 0.7 peratus kanji dan karbohidrat).

Badam kaya sumber vitamin E iaitu mengandungi 26 miligram (mg) setiap 100 gram (g). Ia juga kaya dalam serat pemakanan, vitamin-vitamin B, mineral-mineral penting dan lemak tidak tepu) yang mana berpotensi untuk mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) .Badam juga mengandungi phytosterols yang dikaitkan mampu merendahkan kolestrol.

Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.
Pistasio adalah biji-biji yang dibalut dalam buah yang keras, yang tidak terbuka secukupnya untuk melepaskan biji-biji tersebut mengandungi lutein dan zeaxanthin iaitu dua jeniskarotinoid yang membantu melambatkan penuaan.

Kacang walnut dari genus Juglans ialah tumbuhan dalam keluarga Juglandaceae dan merupakan bijian dari buah drup yang boleh dimakan. Isinya yang keras dibuang ketika penuaian.
Perkataan walnut berasal dari bahasa Inggeris lama wealhhnutu, bermaksud 'kacang asing',wealh bermaksud 'asing'.
Nama Latin untuk walnut adalah nux Gallica. Kacang walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu melindungi jantung dan memelihara kesihatan otak.Pada tahun 2010, satu laporan dalam the Journal of the American College of Nutritionmengatakan kacang walnut boleh melegakan stres (tekanan).
Berbanding dengan kacang-kacang lain seperti badam, kacang tanah dan kacang hazel, walnut (terutama sekali dalam bentuk mentah) anti oksida yang tinggi yang mampu mengawal penyakit barah.

Begitu banyak kelebihan yang ada pada makanan dari sumber kacang ini, oleh itu cubalah resipi tat yang berasaskan kacang badam. Selamat mencuba!

Wednesday 7 March 2012

KUDAPAN KEKACANG dgn BUAH BERI KERING

Kudapan campuran kekacang dengan buah berri kering ni memang favorite saya . Bila tengok tv atau tengah kusyuk mengadap lappy saya memang suka makan kudapan macam ni . Saya campurkan kacang badam , gajus , biji kuaci , biji labu dengan buah berri kering . Snek macam ni kaya dengan nutrien/vitamin dan lebih baik dari kerepek goreng atau junk food . Semua kacang ni hanya perlu digaul dan jangan dipanggang sebab boleh menyebabkan sebahagian khasiat asli kacang-kacang ni hilang masa proses panggang tu . Jom la cuba memang sedap dan yang penting kudapan macam ni lebih baik untuk kesihatan kita .

Campuran kekacang dan buah berri kering , semuanya favorite saya..

Saya beli semua ni di Bake with yen..

Biji kuaci , kuaci labu , berri , gajus , badam dan cranberri kering . Kalau nak tau khasiat makan kacang macam ni sila la google ya....amalkan untuk awet muda...

Tuesday 6 March 2012

KAMI PINDAH...

Kami pindah juga akhirnya syukur alhamdulillah dan doa saya semoga kami melalui kehidupan yang aman , damai dan bahagia di rumah baru kami ni . Perasaan saya ni bercampur baur , saya amat gembira sebab dapat duduk di rumah baru tapi dalam masa sama saya sedih juga meninggalkan rumah lama kami yang dah kami diami semenjak tahun 2005 sebab banyak sangat kenangan pahit manis yang kami lalui di rumah lama di Puchong tu . Kadang-kadang kita perlu laku kan perubahan supaya keluarga kita dapat melalui kehidupan yang lebih selesa . Semoga bahagia ni bersama kami sehingga ke akhir hayat , amin...

Pagi Ahad kami sekeluarga bangun awal pagi , anak-anak saya pun sama-sama sibuk nak angkat barang-barang . Tepat jam 11 pagi lori sampai dan bermula la kerja punggah barang naik ke atas lori  . Syukur alhamdulillah proses pindah kami berjalan dengan lancar dan cuaca hari Ahad tu cukup baik . 


Anak-anak saya yang happy dan excited nak masuk rumah baru sementara saya dan suami mula fikir bab nak kemas lepas masuk rumah baru huhuh . Bila pindah bab packing dan unpacking la yang saya tak suka tapi slowly saya kemas sikit-sikit dan alhamdulillah hari ni semua barang-barang dan perabot dan elok tersusun , syukur alhamdulillah . 

So , insyallah bila keadaan dah ok saya akan mula aktif berblog semula.....

Monday 5 March 2012

ROTI TORTILA INTI SOSEJ

Lama dah saya tak buat n3 baru sebab saya betul-betul sibuk 2 minggu ni dan alhamdulillah hari ni saya saya dapat luangkan masa nak masukkan n3 resepi yang agak mudah nak disediakan dan sedap dimakan . Roti tortilla dengan iti sosej ni memang favorite anak-anak saya.....


BAHAN-BAHAN :

Beberapa keping roti tortila segera
mayonis secukupnya
sosej secukupnya- dipotong kecil
sos bolognese Prego
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
sedikit minyak untuk menumis
kepingan keju secukupnya

CARA MEMASAK :

Titik bawang putih dan kupas bawang merah serta dipotong nipis , panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai layu dan wangi kemudian masuk semua sosej yang dipotong kecil-kecil . Kacau sosej sampai masak dan boleh terus dimasukkan sos bolognese serta digaul rata sehingga kuah bolognese mendidih .

Panaskan frying pan dan masukkan butter secukupnya ke dalam frying pan . Perlahan kan api dapur dan letakkan sekeping roti tortila ke dalam frying pan kemudian sapu mayonis pada pemukaan roti tortila serta letakkan inti sosej bolognese secukupnya . Taburkan keju atau susun kepingan keju ke atas inti sosej . Tutup inti sosej dgn sekeping lagi roti tortila . 

Gunakan api dapur sederhana dan tutup pan fry dengan penutup periuk sekejap . Kemudian buka penutup dan tekan-tekan roti tortilla ni supaya roti melekat . Terbalikkan roti tortilla ni secara berhati-hati dan tutup balik pan fry . Sentiasa jaga dan balik-balikkan roti tortilla supaya jangan hangit dan bila keju sudah cair dan roti tortilla dah melekat boleh la ditutup api dapur dan angkat roti tortilla ni . Sejukkan sekejap dan boleh dipotong dan makan .

Roti tortilla yang sudah diletak inti sosej dan disusun dengan keju .

Tutup dengan sekeping lagi roti tortilla


Alhamdulillah sedap..